Followers

Saturday, December 31, 2011

I've been proposed ???

Hallo anda semua :)) buat apekah ??? Hari ni kan i gembira betol sebab i bersama family sekarang ni :))
**sumpah gatal kan ?? nak i bagai !!Ok,lets move to the main point,tujuan entry ni dipublished bukan sebab ada orang proposed aku soh jadi bini dia tapi  kerana aku jumpe somethings sweet semasa mengodak blog-blog hamba Allah yang ada dalam Malaysia nie !! Dalam sebok mengodak orang punya blog,aku jumpa somethings yang sweet gila and perempaun satu Malaysia akan terima lelaki pilihan keluarga kalau lelaki tu sweet macam lelaki dalam video ni :) Dena Bahrin tahniah atas pertunangan & anda adalah perempuan yang sangat beruntung kerana dapat memiliki lelaki yang baik dan sweet seperti dia.Saya sangat berharap satu hari nanti lelaki macam dia akan muncul & lakukan perkara sama atau mungkin lagi sweet dari itu.

So,korang suma mesti nak tengok video tu kan ??? kan ?? so,lets watch dis !!!


Selamat menonton anda-anda sekalian :))

Tuesday, December 27, 2011

You call its love but i call its Chill :))

Hye guys!! miss u olls damn much!!Setelah sekian lama aku lari dari menulis blog akibat kecewa terlampau !! Finally Nurliza Azam kembali untuk menceriakan kembali blog yang usang lagi bersawang ni,pada yang rapat dengan aku pasti dorang akan tahu kenape aku berhenti menghupdate blog ni anda hari ni aku kembali dengan hati yang berbungga-bunga :) Bagi yang rindu aku teramat sangat,dalam entry kali ni aku selitkan gambar bajet cantik aku ;)) tolong jangan muntah atau bunuh diri sebab aku tahu aku memang comel :)) ** bapak perasan !!


Berbalik kepada cerita asal,kehidupan di UniMAP adalah Awesome tidak seperti ape yang aku fikir sebelum ni !! aku rasa dekat UniMap aku super duper famous ramai kawan berbanding kat Matrik dulu & kawan-kawan kat sini happening gila ok !! suma satu kepala,sampai korang rasa cuti midsem yang seminggu tu pun lama sangat sebab tak sabar nak jumpa kawan-kawan dekat U.Hahahaha,aku rasa ape yang aku tulis lari tajuk entry sebenar ;))

Ok,lets we start ape yang aku rasa malam ni !! aku rasa aku dah betol2 suka dia,ni bukan cerita main-main !!ni cerita betol ok,pade yang rapat dengan aku mesti dorang tahu yang aku ni selalu suka orang limit seminggu je,lepas tu memang aku suka orang lain lak la kan,tapi berbeza kali ni sebab aku rasa aku dah lebih 2 minggu suka dia & malam ni aku realize yang perasaan aku tak tipu.Even aku brutal dari segi luaran tapi hati aku tatap perempaun der !!

Aku suka tengok mamat ni,walaupun dia bukan boleh dikategorikan sebagai kacak tapi orang kate sweet tu tetap ada tau.Aku suka stail dia yang memang cerewet tu.Even orang kate aku gila sebab suka laki cerewet,tapi aku peduli ape sebab aku yang suka dia bukannya korang kan ?? so go to hell la nak kate ape pun.Kawan aku pernah kata "KALAU KITA IKHLAS SUKA ORANG TU,BERKEMUNGKINAN ORANG TU SUKA KITA GAK"sebab gerak hati tak pernah tipu kita !! tapi tu mungkin mitos semate-mate tiada kaitan dengan yang hidup ataupun mati !! Sebab aku tahu,aku tak cukup cantik untuk dia !! sapa nak orang gemok macam aku ni kan ??? so,simpan je la ape yang aku rasa tu dalam-2 sebab aku tahu aku takkan dapat dia :(

Give up is not good for your health but ape boleh buat,takkan perigi nak cari timba pulak kan ???oklah korang,mata pun dah ngantuk !! nak mentioned nama dia kat sini pun tak boleh,cuma yang boleh mentioned macamana aku boleh suka dia.Tapi bukan sekarang la sebab panjang cerita dia :)) nanti bila dah habis final kelas aku cerita ok ;)) Adios u olls !!

Wednesday, November 9, 2011

Saya jual mahal kah ???


Hello guys :) i'm come back again setelah sekian lama menghilangkan diri dari blog yang comel macam gambar kat atas tu =,=' comel ke ?? sumpah annoying gila statement tu but just forget it.Actually entry ni takde kaitan pun dengan gambar yang berunsur kononnya HOT tu kerana gambar tersebut iklan semata-2 wahai sayang-sayang saya sekalian.Berdasarkan tajuk di atas & status facebook yang mendapat sambutan hebat dalam beberapa jam yang lepas,sudah terang lagi bersuluh aku desperate nak pakwe ?? benarkah ???
Untuk lebih sopan,tak payah lah desperate sangat,nak teman hidup sudeyh !!! ** nampak macam gila jantan je kan bila sebut desperate ;) Sebelum aku mencarut dengan lebih lanjut lagi,meh aku nak show off status yang mendapat sambutan hebat tu :)
-
-
-
-
Bila orang ada pakwe,kita pun terhegeh-hegeh nak ada pakwe,nape ???
sebab rasa macam diri ni tak laku sebab takde orang nak !!!
But i'm proud to be single now even sometimes rasa lah sunyi :)
Nak tahu asal ?? nak tahu ???
Sebab JODOH TAK SAMPAI LAGI lettuw :) So,hawa sekalian CHILL ok :)
Nanti Allah bukak jalan sampai lah Adam anda tu :) **Mood meroyan

Actually jadi bujang ni sunyi tau,kalau ko jenis yang tak pernah miss ada pakwe manjang weh !! dengan lebih detail lagi bila break je,ada yang ganti.Even kalau takde pakwe sekalipun ada la kawan laki yang boleh jadikan tempat luahan perasaan ke **contoh,lau takleh buat lab assignment Computer programming,at least ada tempat ko nak mengadu kan ??kan ??? Memang la orang kata lau jodoh tak kemana kan,tapi kadang-kadang bila tengok kawan-2 bahagia **makan bersuap ke ?? pakwe belanja beli biskut ke ?? secara tidak langsung terfikir gak la,bila aku nak ada pakwe balik +,+**jijik gila statement tu,tapi terpaksa gagahkan jari ni untuk menaip,nanti kan ada kata aku bagi ayat tergantung kat korang pulak :)

Kadang-kadang tu terfikir,buruk sangat ke aku,sampai takde orang nak tapi bila ada yang nak,aku lah pulak taknak =,=' **peliks betoi !!! nak kata jual mahal,rasa macam tak !! tapi kawan aku selalu kate aku jual mahal weh !! Aku sedar,aku biasa je,tapi aku taknak lah yang mata aku tak sedap nak pandang kan ???
tak salah kan ???kan ???


Ok,berbalik kepada cerita asal,lepas aku putus ngan Anam,jiwa rasa kosong je weh !! korang bayang la,aku dah 5 tahun  ngan dia top!! top!! dia hilang macam tu je,rasa sakit pun tak hilang lagi but dengan matangnya aku fikir,nak buat macamana jodoh aku bukan dengan dia but aku mengaku lah kat korang sampai hari ni pun memang perasaan sayang kat dia tak hilang lagi **jujur gila siot :) Lepas dengan Anam,ada la sorang hamba Allah ni try purpose ajak jadi partner dia but aku kurang nak percaya because as for me "Man words are rubbish !! Dalam 10,satu je boleh percaya,setakat nak main-2 boleh la kan ?? bila fikir balik,kalau dia siyes,bermakna aku jual mahal la kan ??Mamat ni dah lama la kawan dengan aku around 2 tahun,top !! top !! ajak jadi partner,mana tak terkejut mak nyah !!! of course lah,i'm totally terkejut :) but aku tolok dengan baik la kan,nanti tolak burukkan kena santau lak.

Then,sekarang kteorang go on kawan macam biasa sampai satu hari ni dia mintak aku bagi no kawan aku,dia nak.Lepas tu,korang rasa apa reaksi aku,melompat keriangan sebab aku terlepas dari dia ?? actually tak weh,aku cemburu weh !! Aku pelik gak,dah terang lagi bersuluh,masa dia nak aku !! aku tolak mentah-2 & 1001 alasan aku bagi,bila dia nak tackle orang lain aku jeles.Tak ke korang rasa aku dah gila !!Aku pun sekarang dapat rasa aku dah gila.Sebab ?? sebab ?? aku tulis entry sampah macam nie !!Sampah pun sampah la weh,lama dah aku pendam !!finally can let it go here :) terima kasih blog !!That'all lah weh !! aku dah rasa aku buat sampah dekat post kali nie.

And the conclusion is No man no cry :) chill suda,nanti Allah akan bukak jalan Adam aku untuk datang purpose aku :) tak perlu nak jadi perigi cari timba sangat,and jangan nak jual mahal sangat,tapi jual murah-2 pun tak elok gak :) so,pandai2 lah balance sendiri sebab suma sekolah and belajar math kan =,='

Sunday, October 9, 2011

Norsyaiman is my friend

Hye guys :) miss u olls like crazy la,aku tau korang pun rindu nak dengar aku merapu kat wall nie kan?? kan ??? just admit it la kan =,='.Actually setelah menabur janji palsu pada 2 minggu lepas dengan mempublished short post berbau gatal,finally saya NURLIZA BINTI MOHD AZAM berjaya mencarut di blog yang telah bersawang dek kerana busy dengan assignment ELECTRIC CIRCUIT **ok,kalau Mr.Sani dengar comfirm mengamuk kerana saya telah memfitnah beliau kerana assignment electric circuit tidak pernah wujud :)

Ok,back to out main point,korang ingat tak 2 minggu lepas aku janji nak citer kat korang pasal one sweet guys ni & semua orang dok fikir dia pakwe aku and of course aku tegaskan kat sini beliau bukan pakwe aku ok.We just friend and nothing happen between us **bajet jadi minah salleh la pulak aku ni,speaking bagai.Lau korang nak review balik post 2 minggu lepas yang berbau menipu itu sila click link dibawah dalam masa 3 saat :)
^___^

So,without wasting my tidur schedule,lets i'm introduced my beloved friend yang tak mungkin akan lupa sampai mati pun !!!Gua takkan lupa lu sampai bila-bila la man :) Geng !!! Geng !!! Geng !!!
-
-
-


Sweet bukan ?? kalau korang kawan ngan dia korang akan tau betapa gilanya laki yang bernama NORSYAIMAN ni **name pun tak boleh blah bai,korang mampu ada nama macam dia ??? of course tak mampu bukan ??gambar ni kiteorang ambik masa lepak kat genting lebih kurang 1 bulan yang lepas kot,aku sendiri pun tak sure sangat tapi gambar ni still fresh la.Iman ni kalau korang tak kenal dia,first impression korang kat dia mesti macam nie "Alah mamat ni poyo je,mentang2 ensem berlagak la pandang orang nak slack je !!!Sikit pun aku tak heran lah gila" Antara dialog2 yang bermain dalam kotak hati aku masa first time aku jumpe dia dulu and menda paling lucu pernah aku buat masa first time aku jumpe dia dulu,aku lari lintang pukang keliling MIDVALLEY sebab bagi aku orang ada rupa ni suma berlagak,mana nak kawan dengan orang buruk macam aku ni and at the same time maca kteorang jumpe tu dia bawak awek yang bapak hot & cun gila,Mana aku tak lari bai =,='

Second time aku jumpe dia,dekat SMALL HOUSE dekat jalan tar,masa tu dia baru abis kerja !! masa tu aku dah tak lari sebab dia dah tak bawak awek cun bai.Kteorang lepak2 dekat satu kedai and time tu aku realise yang Iman ni sebenarnya ok :) takde lah bajet macam yang aku fikir masa first time aku jumpe dia dulu.

Third time aku jumpe dia maca kteorang lepak dekat Midvalley sama2.Masa tu aku ngan Iman beat sapa boleh menang main bowling and seperti yang korang sedia maklum mestilah aku yang kalah sebab masa kecik2 dulu mak aku tak bedung tangan tu pasal tangan tak berapa nak betul sangat.Masa third time ni la aku rasa Iman ni jenis yang tak memilih kawan and agak cool la.Apa yang buat aku teruja dia boleh makan makanan dalam pingan aku yang dah tak berapa nak mengiurkan sebab aku dah kacau sebati dengan black pepper sauce,gila tak dia ?? lau aku mahu muntah makan menda yang orang dah usik + ko baru je kenal orang tu kot.So,start from hari tu aku rasa dia sangat cool.

And last time aku jumpe dia baru-2 ni masa kteorang pergi genting sama2 but petang tu before tolak pegi genting, KHAIRUL ANAM allow me to spend my day with Iman sebab dia ada kerja nak settle.Masa tu la aku rasa Iman ni cool,baik,talk-active,lucu gila & of course sangat memahami perasaan orang sekeliling dia.Petang tu kteorang citer suma menda dari zaman sekolah sampai lah dah tua bangka macam sekarang dek kerana tunggu MR.Anam yang lembab macam kura2.Lau korang ada masalah,korang akan rasa relief bila dengan dia sebab dia sebab dia akan buat korang gelak sampai guling2.Sumpah lu terbaik la man,walaupun aku selalu kata ko bajet & jahat !!Lau nak citer pasal Iman kat korang sampai minggu depan pun tak habis ok !!! sebab memang banyak menda yang sweet pasal mamat ni tau.So,ape kata lau citer pasal pengembaraan kteorang ke genting tu tunda pada weekend akan datang dek kerana mata aku dah tak berapa nak ok dah nie tambahan lagi esok ada training bola jaring **alamklum la,aku atlet UNIMAP yang paling berjaya sampai muka hitam legam dah :( ok,see u on d next entry !! Sebelum menutup tirai entry kali ni,aku sertakan gambar - gambar comel untuk tontonan korang.





P/s :Untuk Iman,lau ko terbaca post ni ko jangan nak perasan sangat couse aku puji tanpa perasaan ikhlas ok :) !! tapi papepun ko tetap kawan terbaik lah 



Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday #2

Really miss to update my blog everyday =,= but university's life never allow me to do so :(
Hanya gambar ini menjadi "Hint Title blog yang akan di update pada weekend nanti !!!


P/s : cute atau tidak **den tak peduli ok !!Adios :) see you dis upcoming weekend 

Tuesday, August 23, 2011

Saya & Atin memang RAKUS !!!

Hai !! Hello !! Yuhhuuuu !! Apa khabar para staklker sekalian ?? First of all saya NURLIZA BINTI MOHD AZAM ingin memohon maaf kepada korang **even raya lambat lagi !! Kerana saya membuat ana tertunggu2 entry baru untuk dipublished :) Actually 2,3 menjak ni populasi malas dalam diri semakin menjadi2 akibat dari terlebih makan time berbuka :) **bila perut kenyang,mata mula la mengantuk & of course bantai tido sampai terawih pun tak pergi !! **Kalau bakal mak mertua si Cik Mon tu tahu,ada jugak yang kena reject on the spot **sambil Cik Mon berkata dengan dialog keji beliau berbunya "Hang ni,dah la makan banyak !! Kuat tido,mata hari tegak dekat kepala baru hang nak bangon !!Apa nak jadi dengan hang ni !! Dari pelihara hang baik aku pelihara kuda dekat padang pasiaq,101 % lagi rajin dari hang !!!Buat abis perbaih aku ja !! **Ambik ko,dialog cik Mon mahu ternganga korang kena secepuk atas kepala,so pada anak2 dara sekalian berhenti la jadi Burung hantu kerana ia tidak awet muda :) Sekian tazkirah pagi dah Cik Minoh !!

Ok,lets to move to our title above , RAKUS ??? What meaning of Rakus ??? as for me rakus adalah gelojoh & menurut kamus dewan rakus adalah ??????? **tak tahu kerana eden tak sempat nak beli kamus dewan baca !!ok,aku lau bab2 batin ni takde la rakus sangat cause suami takde lagi nak rakus2 bagai tapi kalau bab makan aku memang rakus especially bila keluar dengan kawan aku yang paling aku rapat & bila cerita bab makan je !! of Course dia akan ada di tempat makan itu sekali :) Tak lain tak bukan, saya dengan rela hati memperkenalkan teman bina lemak saya iaitu >
-
-
-

This is my cute Atin 


Ratu bina lemak terbaik 
-
-
-



Of course la Ratu Marathon bina lemak jatuh kepada aku iaitu Miss Very The Gojes + Berlemak !!
U olls apa tahu,ingat senang ke nak pelihara lemak seperti sekarang,makan masa 19 tahun tahu !! Korang ada ??? Of course takde kan nyah ??? Mak je ada =,='

Lokasi makan kami kali ini adalah sangat elegen tapi bajet biasa kerana selaku pelajar berbajet rendah, Kami tidak mampu untuk makan di hotel bertaraf 5 star !! maaf ok :) Pasti owner kedai tersebut bangga cause nama Restoren dia di sebut dekat blog miss gojes kan !! Actually lokasinya adalah KOPITIAM belakang rumah Atin je :) Masa di ambil untuk sampai dan duduk di bangku makcik very the hot itu adalah selamat 1 minit sahaja ** kentut dekat rumah atin pun boleh dengar kat Kopitiam tu ok =,= 
Antara menu yang sempat kami telah adalah seperti berikut !!!

Chicken Chop yang penuh lemak bercream !! Yummy !!
Rm8.50

Chicken Tuna yang bersalut mayonis enak !!!
Adalah baik untuk menambah lemak tepu :)
Rm 6.00

Roti Bakar adalah sesuai untuk menambah kandungan carbon dalam badan !!
Entah doctor mana ajar aku bakar pakai toaster pun ada carbon !!
Sumpah enak dengan sapaun kaya :)
RM 4.00

Colek Popia yang sungguh mengiurkan !!
Rm 6.00 per each person


All the makanan adalah sungguh enak !! sesuai bagi yang ingin menambah lemak tepu seperti kami and harga adalah berpatutan !! Before tu,takkan makan je kan ??? of course ada air yang menyegarkan untuk di telah bagi mengelakkan tersedak akibat tertelan posia AWESOME !!

Air Bajet murah tentulah Tea'O Ais je :(

Air bajet Datuk Siti adalah di sebelah kanan iaitu Three Layer capuccino :)

Ok,that's all gmbar yang kami telah sehingga Mak cik tu terkejut sebab licin dorh !! dua orang makan 4 pinggan tak tinggal satu apa pun !! Let's im showing you buktinya :) & diselitkan juga muka2 bahagia semata menyantap all the food di atas meja !!






Muka bahagia dapat telan roti buatan Abang Hensem :)


AMARAN KERAS KERAJAAN : Jangan tiru aksi gigit garfu seperti gamabr di atas kerana kalau tertelan garfu tu,bukan setakat tempah masuk ICU tapi boleh siap2 tempah lubang KUBUR package keranda free :)

Ok,that'all this entry for today :) see you on the next entry & of course secara percuma saya selitkan siaran muka-2 manusia kekenyangan setelah UPLOAD lemak tepu !! Sumpah kami macam badak air kenyang !!



P/s : Even u olls tahu i diet tapi sekali sekala tak salah nak tambah lemak tepu :) Nasihat doctor LIZA !!
Pegilah berkunjung ke KOPITIAM tersebut dan anda pasti berpuasa hati + extra layanan dari ABANG KOPITIAM hot kebanggaan Atin ;)


Friday, August 12, 2011

Bila I and Atin terencat :)

What's up korang :) Buat apa eks???ke korang tengah membongkang membuta kat atas katil sambil mimpi kawen dengan Abang pilot **pilot-pilot jangan nak mimpi sangat la eks cause aku yang punya !!! Aha,dengar macam suma pilot satu Malaysia ni aku yang punya je kan?? Bapak berlagak,pilot jeling aku pun tak mahu  =,='.Actually malam ni aku teruja sikit cause tak pernah-pernah tulis entry pukul 1 pagi ni,first time dorh rasa macam bapak teruja ** maaf saya sedikit jakun di situ,akibat dek kerana dilahirkan di pelusuk hutan and semua orang kat kawasan tu tidur awal,awek muda konon !! puih,geli kot :)

Ok,aku suka sangat lari topic bukan !! Omaigod,pasti korang sangat stress kerana follow blogger cacat otak  terencat ** so to u olls yang dah stress tu sila unfollow saya sebelum anda naik gila macam saya !! To u guys suma,entry ini sangat special dek kerana ianya dipublished di rumah atin **Bff tersayang .Hari ini of course tersangatlah AWESOME kerana dapat berbuka bersama atin **To atin,sayang anda ketat-ketatlah and of course pada Farid Latiff @ Ayid jalan jeles ok sebab malam ni ja nak tido peluk Atin ketat-ketat :)



Actually entry kali ini adalah berkaitan dengan gambar-2 comel kat atas tu :) comel tak kteorang ??? **bek korang cakap comel sebelum aku tale kepala korang :P just joke my dearest stalker. Ok,saperti yang aku already canang dekat satu kampung yang aku duk umah Atin hari ni :) seronok ok !! sumpah seronok gila !!
tu je yang aku nak cakap for entry kali ini.Bodoh tak aku ??? Sumpah korang kata aku gila kan ???Moh sini aku cerita kat korang aktiviti paling awesome yang aku buat bila duduk dengan Atin. Aktivi pertama yang paling menarik kteorang buat ari ni adalah MARATHON TIDO.Cukup Awesomo ok,sampai pukul 2 petang and of course kalau bakal mak mertua kteorang dapat tahu sumpah dia reject kami on the spot :) aha,bapak gila kan ??? malam berjaga,siang hari tido macam takde beza langsung dengan burung hantu **benar kata mak koi,Puan Rohana bahwasanya anak dia adalah species burung hantu !! Ok ma, for the first time anak mu ini bersetuju dengan statement mama yang bapak gila havoc tu .Tolong diam ma,nanti lau orang kampung tahu malu la den :) **tahu malu gak gua ni,ingat dah tak reti malu ;)

Move on ke aktiviti kedua kteorang buat bila bersama iaitu apa lagi kalau tak berphotoshoot bersama camera bajet pasar malam :) even camera bajet pasar malam,tapi lau tua dalam gamabr tu comel tetap gak gambar tu comel ok :) **bapak perasan gila nak mati,lau imam muda dengar pun comfirm dia pengsan on the spot ok :)
Antara gambar yang berjaya kami snap hari ini adalah seperti berikut and model tambahan turut sertai kami **credit ti Akim a.k.a adik Fatin kerana menyebok bersama..
-
-
-




Gamabar ini di rasakan paling cute akibat terjelir kekenyangan 
**credit to perut dah lidah 

Then,wanna introduced u olls akim yang super duper cute tu :)



Ok,maaf akim juga gila camera ;) bila nampak je camera comfirm tetiba jadi terencat !!!

Finally,aktiviti terakhir yang kteorang suka buat bersama of course la makan ok :) tapi maaf entry untuk makan tidak akan diselitkan di sini kerana i ada entry khas untuk chicken chop yang awesome itu :) bagi tak mengecewakan u olls saya selit sekeping gamabr dari entry makan-makan tu untuk mengshow off kepada korang i boleh makan chicken shop kul 12 malam ** sebab tu la gemok macam belon ok :)


Super delicious ok :) sumpah air liur korang dah meleleh bukan ???

That's all for malam ni,entry chicken chop tu akan menyusul esok or bila-2 i rasa rajin nak updatelah :) dadadadadaaaaaaaa . Sayang u olls ketat-2 lah couse sanggup stalk blog i sampai terbeliak biji mata =,= '

Tuesday, August 9, 2011

F**k for you bitch !!

Bitch la ko perempuan !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! **entry malam ni bapak kurang hajar kan ???? bulan posa dok sebut bitch bagai !! tapi hari ni memang aku tak tahan gila nak mati pasal aku menci satu perempuan yang memang WTF !!! i give u my middle finger la bitch !!Yang aku nak express perasaan aku kat blog ni sampai dengan suma yang stalker blog aku pun terkena tempias ni cause aku memang tak tahan gila nak mati dah ni !!! Korang tahu tak,tak cukup dengan nak rampas laki orang pastu dia dok stalk blog aku bagai !! Ko memang tahi la kan betina !!! ko tak puas ati apa lagi ha ??? aku memang benci kat ko tahap gila !!Lau aku ada buku untuk shortlist senarai manusia yang aku menci kat dalam dunia ni,memang nama ko la yang paling atas sekali.Aku tahu kau tengah jadi pembaca setia blog aku sekarang !!so,aku harap lepas ko baca entry ni ko berhenti la kacau hidup aku kan ??? aku tak kacau idup ko pun.And tak payah ko nak baca blog aku pastu ko pergi cerita dekat Bf aku cause aku tak perlu pertolongan ko untuk jadi spy aku bagi pihak dia.Cukup la weh,jangan nak jadi desperate jantan sangat sampai suma jantan kat dalam dunia ni ko nak sapu bagai.Walaweh,jadi perempuan tak payah la nak gatal sangat !!!Aku dah banyak bersabar dengan ko tahu,lau ko nak stalk aku ko diam2 takpe ni mulut bising macam sial je kan???abis fren list aku ko nak add kan ???memang ko gila...sumpah ko gila.Pegi mati la weh !!! Ikut hati aku,aku nak letak je muka ko kat blog ni kasi satu Malaysia tengok ko !! Aku bukan sengaja nak sumpah ko,tapi ko memang kurang hajar !! Ko nak suh aku ari ustaz ke kat ko sorang baru ko nak sedar diri !!Lepas ni aku warning ko,jangan nak kaco idup aku lagi pasal aku tak kaco idup ko !!!! Sebelum aku warning ko depan-2 bek ko berhenti buat kerja gila ko nie !! Ko ingat au takut sangat ke nak lempang muka ko ha???sorry sikit,walaupun aku boleh di kategori sebagai manusia penakut tapi setakat nak lempang muka ko tu,aku langsung tak takut !! Dah la weh,kisah 3 tahun lalu tu,ko tak payah nak ambik port sangat cause memang aku dah delete ko dari list kawan aku la weh !! ko pernah cakap kat aku dulu kan.ko tak nak cakap dengan aku tak tahu sebab apa kan??? so i got the answer now la.Pasal jantan yang tak kenal tu pun ko nak ambik port !! For your info la kan ???aku tak pernah nak kejar la jantan tu !! ko je yang perasaan lebih !! Haisshhh,kan tak pasal-2 kuar cita zaman purba !!! Bagi memuaskan ati ko la kan,AKU MINTAK MAAF LA ngan ko walaupun aku tahu,aku tak buat silap ape pun but PLEASE JANGAN KACAU HIDUP aku lagi pasal aku tak pernah kaco hidup ko !! harap ko faham bahasa melayu eks,jangan sampai aku cakap tamil !!


P/s : Kepada stalker sekalian jangan jadi takut untuk stalk blog aku,cause aku tak marah korang aku marah pompuan gila tu.Pada semua kawan aku,jangan terasa !! menda ni takde kaitan dengan korang !! :) adios  !! And sebelum terlupa MAAF di atas kekasaran bahasa di atas,saya mohon ampun di bulan yang suci ini !!

Menang Shawl contest :)

Pistt..pistt..korang buat apa ha ??? tengah makan sahur ke ?? tak pun dok terbeliak bijik mata baca blog aku yang dah 2 minggu korang tak hadap :) Malam ni aku baru dapat sedikit ilham untuk mengpublished satu post yang buat korang tak bosan nak baca.Sepeti sedia maklum,entry tengah hari tadi adalah tersangatlah tak AWESOME dek kerana kepala otak aku dok ingat nak minum Air Soya waktu berbuka and finally hajat untuk minum air soya termakbul ,dek kerana mempunyai seorang ibu yang faham anak dia yang ada mental disorder 
ni **credit to Puan Rohana di atas Air soya yang sunggu delicious itu :)

Ok,back to our tittle of this entry "Menang contest Shawl".Pada yang suka stalk faebook aku,mesti korang tau bulan Julai hari tu aku dok asyik IM korang soh like aku punya gambar aku yang super duper gorgeous buruk  dekat page Zarafique Collections ,Ala online shop yang super duper famous tu la yang jual shawl & tudung Nur Kasih tu.Bagi kaum hawa, of course la dorang tahu cause dorang kan gila shawl **nak jadi hana tajima bagai la kononnya .Aha,biasa la pompuan,mana ada fashion di situlah ada perempuan .Actually owner Zarafique Collections ni sebenarnya kakak kepada kawan aku kat Matrik dulu,Keah !! Keah ni ialah wing mate aku perangkap pengerusi kepada bilik kebajikan yang aku & fataina huni takkal exam bermula :) kitaorang suka lepak sama & bilik kebajikan tu jugak la dimana tempat aku,fataina,Shazmine & Paan suka makan Megi  beramai-ramai :) **credit kepada Afifa,Cik Ros Besan & keah kerana sudi melayan kerenah kami semua !!!
Ha,gua dah kate dah,kan tak pasal2 dah lari topic asal.

Moh,kita kembali ke topic asal :) Aku bapak terkejut gila bila aku tengok wall post ni kat wall facebook tercinta :
-
-
-


Sumpah aku terkejut gila dorh,bila aku tengok Nama aku kena tag sekali,even dapat No 3 je.First2 aku memang dah give up dah dengan contest tu cause pemenang pertama dapat 800 like der.Kalau korang pun korang takkan expect korang menang kan ??? ye la,Kita yang terhegeh-2 dengan 300 like nak kejar dia.Memang mimpi di siang hari la kan!! but finally aku rasa nak menjerit je bia satu kelantan dengar aku Menang contest nie.3 hari after pengumuman nama pemenang tu,aku dapat hadiah aku der.6 Helai Shawl,bapak gembira lau beli kat kedai memang hangus la duit aku kan ???Tapi ada gak la dugaan masa dok soh orang like gambar aku.Moh sini aku citer,ada lah sorang mamat ni kan ???Aku soh dia like gambar aku,ada ke patut dia kate aku nak publisiti murahan der !! Masa tu rasa macam nak sepak je muka dia kan,tapi nasib baik aku sayang lagi laptop buruk aku ni lau tak dah lama aku hempas sebab geram kat mamat sial tu..Sumpah sampai mampos aku benci ko la weh !! jadi orang tak payah la nak belagak sangat, taknak like diam je la tak payah nak kate aku macam-macam :) ok,tak payah nak cita pasal dia lagi,buat kotor entry aku je.Let's im showing u gambar yang aku pertaruhkan untuk contest shawl tu even korang dah tengok masa nak like tu :)  
-
-
-

Buruk je gambar ni,tapi ada aku kisah ??? korang tak suka korang boleh berambus dari blog aku sekarang gak ok !! tak payah nak pretend baik depan aku :P **perghhhhh!! bapak garang !!!

That's all entry untuk kali ini,kat bawah ni aku selitkan gambar budang Wing 2A block A5 !!! Gambar dak-dak yang selalu buat bising dekat wing sampai bergegar satu wing !!


Afifa,Keah,Aku,Fataina & Biban but without Paan and Shazmine !!


Afifa,Keah,Aku,Paan,Fataina & Biban but Without Shazmine !!!


Aku,Biban,Afifa,Fataina & Shazmine but without Paan and keah !!!

P/s : Sayang dak-dak wing A ketat-2 lah !! BILA KITA NAK MAKAN MEGGI DALAM BESEN LAGI !! Miss that moment so much !! mush !!

Monday, August 8, 2011

Puasa yang yang yok !!!

Di tengah hari yang mulia ni takkala bumi Kelantan panans macam dekat Afrika,Aku NURLIZA BINTI MOHD AZAM yang baru selesai mandi untuk kali kedua tidak tahan godaan blog untuk di update sedangkan aku dah hapdate status berbau lucah gedik yang berbunyi  "Blog dah lame tak berhupdate :( last update 2 minggu yang lalu !!!
So,to all my followers nantikan kemunculan entry baru malam nanti :) " Actually memang hajat di hati nak update blog usang lagi di mamah labah-labah ni malam ni tapi akibat dek lama dah tak hapdate menatang ni aku mengambil keputusan untuk mengupdate beberapa entry yang dah basi pada hari ni.Korang mesti rindu aku kan ?? kan??? Ala,tak payah nak selindung sangat,Aku tahu orang super duper hot macam aku ni memang ramai benor yang rindu **statement bapak berlagak !!!

Ok,back to our main topic hari ini sebagai pembuka tirai setelah dua minggu tak di update !!! Saya selaku penulis blog ini ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua yang suka nak stalk blog aku nie.Sedar tak sedar dah 8 hari kita puasa and hope puasa kali ini lebih baik dari puasa tahun-tahun lepas.Yang mana suka makan/minum sorok-2 belakang KOPITIAM PASIR PUTEH tu jaga-2 lah eks,tak kena takpe lau terkena tangkap mati u olls.Kawe tokse masuk capur deh.



Pada orang kampung sekalian,mai chek nak habaq sikit na :) **belajar cakap utara cikit tak lama lagi nak dok PERLIS DAH !!! To all yang tak muka tak malu tu kan???? yang makan sorok-2 belakang bangunan tu kan !!! tak malu ke weh dekat budak kecik ??? Aku rasa la kan,budak kecik pun dah pandai puasa dorh,tak boleh puasa full satu hari,dorang puasa half day but korang yang dah besar berbulu **maaf berbau lucah sedikit tak reti-2 ke nak puasa ???memang lah orang tak nampak ko makan tapi ALLAH nampak dorh.Walaweh,reti malu la sikit doh,dah berbulu pun orang nak kena bagi duit lagi ke soh puasa !!
Tengok tak pasai-pasai chek jadi Ustazah tengah-2 hari buta nie.

That's all entry pembuka kata untuk menebus kesalahan tak mengupdate 2 minggu !! see u olls on the next entry beberapa jam lagi dek kerana aku nak perah otak untuk cari UBI **ungkapan bahasa indah !!Ingat apa cikgu BM pesan zaman sekolah dulu 

p/s : Pada yang minum air Marinda strawberry yang mengiurkan belakang kopitiam tu di harap berhenti melakukan perkara keji tersebut kerana FATIN NASRINA sedang memerhatikan kekejian anda itu :P Tidak lupa pada yang suka online faebook,sila hadkan pengonlinean anda kerana boleh kurus puasa **Paku dulang paku serpih mengata orang aku yang online terlebih-2 =,= "
Adios !!!


Tuesday, July 26, 2011

Saya Jakun

Assalamualaikum dan salam satu dunia kepada cik-cik tukang stalker sekalian **first time weh Assalamualikum kat korang suma sepanjang dok jadi blogger kegilaan ramai nie,nampak sangat jahil terikut dengan budaya barat idak gitu.So,moral of this entry jangan dok jadi omputeh sangat lau melayu tu tetap melayu la !! SAMBAL BELACAN DAN MELAYU TAKLEH PISAH jangan dok berlagak sangat :D Apa yang aku mengarut ni,setiap entry mesti ada ja yang nak dicarut sebagai intro **kang lau aku siyes sangat korang bosan lah pulak !!!

Actually entry kali ni untuk mengshow off kepada korang bahawasanya NURLIZA BINTI MOHD AZAM adalah seorang manusia jakun lau bab tengok-2 movie nie.Cita dah setahun aku baru terhegeh-2 nak tengok korang tau :( sedih betul jadi aku nie.**salahkan Kelantan sapa soh takde panggung wayang kan susa aku nak beroman tengok movie-2 baru lau dulu time dok melaka takpelah asal kuar movie baru je terus tepon pakcik teksi soh angkut depan matrik tapi sekarang lau aku soh pakcik teksi kelantan ni datang mana dia nak campak aku silap-2 tingkat 5 hospital USM.Dalam hati pakcik teksi tu mesti kata 'Budok ni gilo ko,nok tengok woye mano koto baru nie !!! mum ingat ni kl ko nok tengok woye segalo !!! ha3

Okeyh,back to our topic cerita yang berabad and berjaya ditonton dengan aku dengan jayanya ialah NUR KASIH THE MOVIE & KL GANGSTER .Semalam aku sapu bersih tengok dua-2 cita nie.So,sekarang moh aku jadi penganalysis cerita yang berabad tu.First movie aku nak analysis ialah Nur Kasih !!! jeng jeng jeng !! jom kita tengok sapa terkena =,='


Seperti sedia maklum,sapa yang selalu stalk facebook aku mesti dorang tau masa mula-2 cita ni kuar aku dok sebok nak pegi KL tengok cita ni tapi setelah semalam aku bersyukur cause aku tak melabur duit pegi KL semata-mata tengok cita ni :) dengar dek Kabir Bhatia mampos kena saman la aku cause dok kondem movie dia.Actually cita ni takde lah terok mana tapi yang aku hangin ni sebab dari awal cita sampai lah last suma part sedih je weh **aku setuju dengan Hatim Razak nye statement kat blog dia,korang rajin baca sendiri eks kat sana.Tak dinafikan lah ketampanan Ramy Ishak dengan Fizz Fairuz buat aku tengok cita ni sampai habis.Suma orang kata cita ni sedih bagai tapi lau 2 jam dok nangis je kerja penat lah mak oih !! Sepanjang cita ni 2 scene je yang buat aku touching yang lain memang aku rasa macam aku tengok cita orang mati .Tapi apa-apa pun credit to Khabir Bhatia kerana berjaya menghasilkan Filem yang agak not bad  bestnya tapi overdos scene sedih sikit je.Yang lain cukup garam sumalah.So,pada sapa-2 yang tak tengok lagi cita ni bawak-2 lah tengok ok :) Pada Khabir Bhatia saya mintak maaf kerana kritikan cili padi itu kerana mulut saya memang macam pantat ayam celupar.

Next movie yang berjaya ditonton ialah KL gangster !!

Pasal cita ni pulak,ingin aku tegakkan di sini bahawa ketampanan Aaron Aziz membuatkan aku layan cita nie.Whole movie ni takde menda lain yang lebih menarik kecuali Aaron Aziz **lu buat gua gilalah Aaron tak menyesal tengok sebab Aaron Aziz :) gatainye mah nyah :s Ok,being serious now cita ni not badlah tapi lau dipilih aku lebih suka Nur Kasihlah.Cita ni lau abang-2 mat rempit yang suka gadoh sukalah **maaf abang rempit i termengutuk u olls .Takde apa yang nak digembar gembur pasal cita ni kecuali Aaron Aziz yang kacak itu tapi Zizan pun not bad lah,lawak ko memang No 1 lah zizan.Aku tergelak pasal ko je :)

Ok,that's olls lah pasal entry yang tak berapa nak menarik sangat ni cause mood still SEDIH.So,didn't get many ideas untuk melawak for entry kali ni tapi Nur Kasih atau KL gangster dua-2 pun best so lau yang tak tengok pegi soh sapa-2 download untuk hangpa.Aku takpe tukang download terhebat ada kat rumah.Cik streamyx pun tak buat hal **agaknye mak dadah yang suka curi kabel kawasan rumah aku dah kena langgar lori kot tak pun kena electric shock masa dok asyik curik kabel.Kalau ye,padan muka dorang sapa soh jahat sangat !! kerja halal ada,tapi dok sebok nak potong kabel.Maaf terlebih membebel suda >,<

Adios (=,=)

Sunday, July 24, 2011

Ir.Nuliza Binti Mohd Azam ????

Salam satu Malaysia to all of my stalker here ;) Aku tahu korang mesti dok tunggu aku hapdate menda ni kan???**tak payah buat muka tak tahu pape eks !!! bukan korang ke PM aku soh update blog >,< .Chill suda,hidup mesti kena selalu chill baru ada semangat nak teruskan hidup.Apa-2 pun aku hargai usaha korang dok mengadap laptop samapi nak terkeluar bijik mata,semate-mata nak baca entry sampah menarik aku ni.Actually seperti yang sedia maklum mood aku still dalam keadaan upside down,kejap ok kejap tak ditambah pulak dengan PMS ni lagilah **pada kome pompuan tu biasa la alami idak,pada kome yang laki tu buat-2 faham suda :) kerana aku takde masa nak explain sapa soh korang tido kelas BIO :P 

Actually entry kali ni adalah untuk berkongsi result UPU yang dah keluar hampir seminggu lebih tu.Hari in aku baru terima hakikat dia bagi aku engineering yang bukan bidang aku tu.Walaweh,mai aku nak cita kat korang,time aku tecik-2 dulu aku tak pernah mimpi nak jadi engineer bagai weh.Nak jadi doktor lagi lah,jauh panggang dari api tapi yang peliknya time matrik ambiklah pulak Sains Hayat **nak buat macamana kelas fizik selalu makan roti Pau tido tak payah cakap la,asal cikgu bukak mulut cita pasal fizik aku pun bukak mulut menganga tido sampai meleleh air liur basi.Tapi nasib baiklah keberkatan masih ada,Allah tak bagi fail untuk result SPM bagi subject fizik.Sekarang macamana aku nak menghadap muka CIK FIZIK tu,dah la 4 Tahun,bukan kejap lama terr **lau kawen siap bunting pelamin dah, anak boleh cukup sampai 4.Tapi apa-2 pun Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.So,aku terima result dibawah ni dengan hati terbuka.Let's im showing u olls result yang cukup AWESOME itu .T__T


Terbaik lah UPU anda berjaya membuat saya menangis tanpa melodi tapi apakan daya,nasib dia tak bagi aku  kulinari,lau tak merengkok lah aku celah dapur sampai mampos jadi chef hotel hilton **mana tahu cikit hari ada chance jadi adik angkat PARIS HILTON .At least aku bersyukur lah nasib aku lagi baik dari kawan-2 aku yang dapat Sabah & Serawak tu **merasalah korang naik Kapal Terbang .Kalau dapat sana mahu juah tanah mak aku buat beli tiket Flight balik Raya ;)


Being future Computer engineer adalah satu perkerjaan yang sungguh awesome cause bukan sekadar gaji yang lumayan aku juga berpeluang hack Facebook korang :) Yahoooo !!! i got a chance untuk balas dendam pada siapa yang suka buli aku.Cipta satu sistem untuk Hack facebook mereka-2 yang sok bagos itu :) **relex weh,aku gurau je :)

That's oll entry for kali ini,nanti esok aku cari idea update menda yang lagi menarik untuk jadi bahan bacaan sepanjang menjadi pengangur bertauliah ini.Mood masih lagi rindu FATIN NASRINA saya :) kerana status di facebook berunsur pelik !!!  
-
-
-
Day without Fatin Nasrina is like nasi without BUDU :(
Miss You lah Atin,rindu nak skype,rindu nak mengata orang,rindu nak makan KR,
Rindu nak gelak samapi mengong & rindu sumalah yang boleh uat sama-2.
Farid Latiff pun rindu anda tapi saya rindu lagi banyak la :) ♥ Atin

Nasi without budu ????peribahasa gila apakah itu !!! Apa-2 pun for Fatin Nasrina tolonglah balik ke BUMI PASIR PUTEH ini sebelum saya dihantar ke Tingkat 5 hospital USM. Adios :D




Thursday, July 21, 2011

Will Miss Fatin Nasrina Damn Much :(

Haloooooo!!! Anda sekalian para stalker terhormat :) Mesti rindu saya ketat-2 bukan???**perasan gila nak mati kan aku =,=".Setelah selesai berkabung selama seminggu akibat terkena sampuk Result UPU yang teramatlah dasyat finally aku kembali aktif untuk memebersihkan sawang-2 yang melekat dekat blog ni akibat terkejut melampau.Lama tak bising dekat korang kan soh baca blog aku yang happening nie ;P

Acually aku da banyak entry yang belum lagi berjaya dipublished untuk tontonan korang,tapi bawak-2 bersabar.Lambat lagi kot nak register degree Haram tercinta tu,so chill la dulu bai :) Sekarang ni aku still lagi dalam mood sedih kerana BFF tercinta meningalkan aku seorang diri di PASIR PUTEH tercinta ini.ATIN,jangan la pegi lama-2 KL tu,nanti ja rindu :( Dah la tak boleh skype macam selalu,sedih tahu!!!!


This is my lovely Atin,Sayang Atin ketat-ketat lah 

♥ You lah Atin

To Ayid Pakwe atin,jangan jeles ye kerana saya sayang dia lebih dari anda sayang atin :) Atin ni seperti yang korang suma sedia maklum adalah bff saya since sekolah rendah lagi.Walaupun kitaorang bukan satu sekolah rendah tapi kita orang kenal Time tusyen time tecik-2 dulu.Then.bila naik sekolah menengah tersatu sekolah la pulak iaitu sekolah tercinta SMK Kamil :) Jodoh kami tersangatlah panjang sampai Asasi/Matrik pun satu tempat tapi Tempat belajar lain-2 lah.But,sedihnya for degree kami ditempatkan di U yang berbeza oleh Pihak-2 tertttttttttteeeettttt...**tak mahu kata apa-2 hanya mampu senyum je :) But,pape pun jadi we olls still akan jadi kawan baik sampai bila-2.That's my promise to you lah Atin :)


Ps : Atin.jangan kembang eks cause aku terpuji lebih sikit kat sini :) Will miss you lah sepanjang anda kat KL nanti :( Ok, guys see you on the next enty >,<

Thursday, July 14, 2011

Speechless + Panic

Today i'm speechless,there is no joke !!! i'm crazy waiting for tomorrow :( Keadaan boleh di decribekan seperti  gambar di bawah !!! Upu result tolong la keluar tahun depan jangan la keluar esok,aku tak sanggup !!!

Panic + speechless + mengelabah + stress + macam-2 mood yang boleh buat aku gila !!!!!

Wednesday, July 13, 2011

Nangis ke ?? ketawa guling-2 ??

Salam !! And happy wednesday to all of my stalker terhormat sekalian :) Although hari ni adalah wordless wednesday tapi peduli hape aku an?? Siang hari bolehla nak wordless segala bagai tapi malam hari ni kita kena word more pulak case esok an Khamis ** puasa sunat takleh cakap banyak-2 nanti kurus puasa ehhhh,puasa pun pandai diet bagai ke?? aku pun pening apa yang aku mencarut ni =,=" So,bagi menyelesaikan masalah pahala puasa kurang esok hari, malam ni cakap puas-2 sampai terbalik ok !! chill ???



Actually entry hari ni adalah berkaitan dengan post status di facebook celaka happening semalam bersamaan  12/7/2011 kira-2 23 hours ago **tak tahu betul ke tak 23 hours,lau tipu,korang salahkan facebook ok cause Mark zuckerberg yang tolong kirakan.Salah,korang ketuk kepala beliau :) lau beliau tau,mampos aku tapi nasib baik gaklah beliau kafir tak pandai bahasa melayu !!Status semalam berbunyi sedemikian : 
-
-
Scandal tidak bagus terutaman dengan suami orang,
tapi lau dia pakwe kita seblum kawen dengan pmpuan lain,
Apa cerita plak ???? :( **no word


Status tersebut takde kaitan dengan yang hidup mahupun mati,status semate-mate, tak percaya BEDAHLAH JANTUNG, X-RAY LAH HATI,comfirm korang tak jumpa pape-2 :) **bedah jantung nampak ape je ??? Doctor tolong explain pliss cause subject biology kat sekolah dulu hancur !! Pada cikgu bio kesayangan iaitu CIKGU ZAITON,Maaf dalam kelas dulu tido. Pecah tembelang kelas bio tido bai >,<

Ok,back to the topic **mesti korang bengang an??aku selalu lari topic tapi takpe blog ni selalu happening cause aku macam kanak-2 tak lepas cacing ribena.Aku nak tanya korang satu soklan la kan?? Pe perasaan korang pakwe korang kawen tiba-2 padahal die in relationship dengan korang masa kawen dia kawen 2???Dia tak cakap pun dia nak kawen,dia diam je macam takde pape berlaku.Nak sedih ke?? nak gelak guling-2 ?? sebab korang leh merongeng ngan mamat lain :) Aku pun speechless bai,tak tahu nak describe pe yang kita akan rasa kan?? tapi personally bagi aku la kan,nak buat macamana dah takde jodoh.Let bygones be bygones la kan,takkan nak meraung siang malam kot !! nak jadi bini nombor dua takkan la kan?? ada gila nak bagi PAYUNG MAS kat bini tua free-2,tak mahu!!Sumpah aku tak mahu !! Baik aku simpan payung mas tu **gila !!! 

But,tipu jugak lah kan lau kata tak sedih !! Paling koman pun,sehari dua tu nangis cerok dapur tak pun bawah katil **port sesuai nak nangis bagi release tension yang ada :) Tapi sedih pun tak guna bai,korang takkan dapat pape !! chill suda tapi jangan korang jadikkan dia scandal suda even dia cakap dia cinta mati kat korang and dia kawen cause bapak dia pakse ** bapak pakse konon,ni bukan zaman batulah, bapak nak pakse kawen bagai.


Tak guna nak nangis sehensem SHAH RUKH KHAN bagai,
kawen tetap kawen gak !! Just accept the truth la T_T

That's all entry for kali ni,jangan biarkan korang jadi perosak rumah tangga orang.Biarkan dia bahagia dengan apa yang dia ada.Kumbang bukan sekorlah,belambak lagi kat luar tu !! pilih je nak yang mana,tapi jangan dok pilih yang jual dadah sudah la :) Ingat weh,nisbah pompuan ngan laki 37 : 1 bak kata Dianan Amir tapi tak perlulah nak jadi perigi cari timba.Allah dah tentu la jodoh kita.So,jangan dok gedik sangat !! chill sudah :) Adios !!


Wordless Wednesday #1




Abang pilot,come to me lah !!!
=,='

Tuesday, July 12, 2011

Aku mahu itu,Aku mahu ini

Pistttt..Pistttt..Korang buat apa tu ha????Lau takde kerja moh kita sama mengadap laptop baca entry aku untuk hari yang suram ni cause aku teroverdos tido petang tadi dek kerana semalam kul 4.30 a.m baru tido dok layan cintan kat You Tube !!!! 3 2 1 cinta syok habis cause tak perlu nak pegi wayang or beli cd kerana You tube telah bermurah hati terhadap penganggur berbajet kecil seperti aku yang tak berkemampuan untuk kemana-mana panggung wayang ataupun kedai cd terkemuka kat Malaysia nie kerana jumlah wang yang aku ada tak sebanyak Ananda Krishnan**kene perli lagi beliau,cukup 3 kali memang blacklist la nombor maxis aku :) Terima kasih You tube di atas jasa baik ada !!!! Let's stop merapu kerana overdos merapu menjadikan otak anda tak sihat dan kuat :)

Actually entry kali ni bukan penting mana seperti entry-2 sebelum ini,dek kerana kepuasan melampau akhirnye entry ini berjaya dipublished oleh saya selaku minah gojes senget.Aku pasti korang tak sabar nak tau ape kebenda AKU MAHU ITU,AKU MAHU INI.Title entry ni membawa maksud tersirat kerana aku nak shortlist kat korang apa yang aku nak sepanjang tahun ni yang sampai sekarang tak dapat-2 dek kerana miskin terlampau bai.Almaklumlah,nama pun pengangur tegar,duk tunggu nak masuk U..Nanti PTPTN kasi wang memang aku nak shopping bagi habis la ;) **shopping sampai abis konon,nanti keluar BULETIN UTAMA seorang pelajar dijumpai mati akibat kelaparan terlampau dek kerana duit PTPTN dah licin.
Lupekan je la mimpi nak songlap duit PTPTN,nanti ada yang tak makan kot.

Let's im showing u olls list mende-menda yang aku dok mengidam sangat tu.Of course la benda pertama yang aku nak adalah ...Jeng!! Jeng !!.Jeng !!!
????????
-
-

DSLR of course,menda first yang aku nak.Da lame kot impi sebijik cam gini !!!



Fixie!!!Untuk kemudahan di Universiti nanti,Buat pe nak naik mot,keta segala.Basikal suda,tak payah nak payung minyak bagai.Kayuh je terus jalan.Yang ni memang tak payah fikir sangat cause my beloved mummu dah janji nak beli :)



Ipad :) 


I phone !! nak sangat,tak sanggup dah pakai N70 yang uzur berusia 6 tahun 2 !!!


External hard disc !!! untuk simpan gambar yang gojes & filem lucah ilmiah yang ada dalam laptop nie !!

And the last thing yang aku memang nak gila-2 macam nak mati adalah laptop baru.Tolong la takde sapa yang berbesar hati nak sponser ke????Abah !!! Ma !!! Tolong lah anak mu yang gila gajet ni !!
Mesti korang kate aku demand gila nak mati kan???actually bukan nak sangat pun tapi kalau dapat sedap gak boleh canang satu kampung aku ada DSLR,I PHONE, I PAD dan segala bagai lagi I yang ada kat dunia nie.

That's olls for entry kali ni,sapa rasa nak sponser apa yang aku nak tu boleh la bawak call aku maxis ke,celcom ke??memang 100 % akan dilayan.Di jamin punyalah !! Adios !!
-