Followers

Tuesday, July 26, 2011

Saya Jakun

Assalamualaikum dan salam satu dunia kepada cik-cik tukang stalker sekalian **first time weh Assalamualikum kat korang suma sepanjang dok jadi blogger kegilaan ramai nie,nampak sangat jahil terikut dengan budaya barat idak gitu.So,moral of this entry jangan dok jadi omputeh sangat lau melayu tu tetap melayu la !! SAMBAL BELACAN DAN MELAYU TAKLEH PISAH jangan dok berlagak sangat :D Apa yang aku mengarut ni,setiap entry mesti ada ja yang nak dicarut sebagai intro **kang lau aku siyes sangat korang bosan lah pulak !!!

Actually entry kali ni untuk mengshow off kepada korang bahawasanya NURLIZA BINTI MOHD AZAM adalah seorang manusia jakun lau bab tengok-2 movie nie.Cita dah setahun aku baru terhegeh-2 nak tengok korang tau :( sedih betul jadi aku nie.**salahkan Kelantan sapa soh takde panggung wayang kan susa aku nak beroman tengok movie-2 baru lau dulu time dok melaka takpelah asal kuar movie baru je terus tepon pakcik teksi soh angkut depan matrik tapi sekarang lau aku soh pakcik teksi kelantan ni datang mana dia nak campak aku silap-2 tingkat 5 hospital USM.Dalam hati pakcik teksi tu mesti kata 'Budok ni gilo ko,nok tengok woye mano koto baru nie !!! mum ingat ni kl ko nok tengok woye segalo !!! ha3

Okeyh,back to our topic cerita yang berabad and berjaya ditonton dengan aku dengan jayanya ialah NUR KASIH THE MOVIE & KL GANGSTER .Semalam aku sapu bersih tengok dua-2 cita nie.So,sekarang moh aku jadi penganalysis cerita yang berabad tu.First movie aku nak analysis ialah Nur Kasih !!! jeng jeng jeng !! jom kita tengok sapa terkena =,='


Seperti sedia maklum,sapa yang selalu stalk facebook aku mesti dorang tau masa mula-2 cita ni kuar aku dok sebok nak pegi KL tengok cita ni tapi setelah semalam aku bersyukur cause aku tak melabur duit pegi KL semata-mata tengok cita ni :) dengar dek Kabir Bhatia mampos kena saman la aku cause dok kondem movie dia.Actually cita ni takde lah terok mana tapi yang aku hangin ni sebab dari awal cita sampai lah last suma part sedih je weh **aku setuju dengan Hatim Razak nye statement kat blog dia,korang rajin baca sendiri eks kat sana.Tak dinafikan lah ketampanan Ramy Ishak dengan Fizz Fairuz buat aku tengok cita ni sampai habis.Suma orang kata cita ni sedih bagai tapi lau 2 jam dok nangis je kerja penat lah mak oih !! Sepanjang cita ni 2 scene je yang buat aku touching yang lain memang aku rasa macam aku tengok cita orang mati .Tapi apa-apa pun credit to Khabir Bhatia kerana berjaya menghasilkan Filem yang agak not bad  bestnya tapi overdos scene sedih sikit je.Yang lain cukup garam sumalah.So,pada sapa-2 yang tak tengok lagi cita ni bawak-2 lah tengok ok :) Pada Khabir Bhatia saya mintak maaf kerana kritikan cili padi itu kerana mulut saya memang macam pantat ayam celupar.

Next movie yang berjaya ditonton ialah KL gangster !!

Pasal cita ni pulak,ingin aku tegakkan di sini bahawa ketampanan Aaron Aziz membuatkan aku layan cita nie.Whole movie ni takde menda lain yang lebih menarik kecuali Aaron Aziz **lu buat gua gilalah Aaron tak menyesal tengok sebab Aaron Aziz :) gatainye mah nyah :s Ok,being serious now cita ni not badlah tapi lau dipilih aku lebih suka Nur Kasihlah.Cita ni lau abang-2 mat rempit yang suka gadoh sukalah **maaf abang rempit i termengutuk u olls .Takde apa yang nak digembar gembur pasal cita ni kecuali Aaron Aziz yang kacak itu tapi Zizan pun not bad lah,lawak ko memang No 1 lah zizan.Aku tergelak pasal ko je :)

Ok,that's olls lah pasal entry yang tak berapa nak menarik sangat ni cause mood still SEDIH.So,didn't get many ideas untuk melawak for entry kali ni tapi Nur Kasih atau KL gangster dua-2 pun best so lau yang tak tengok pegi soh sapa-2 download untuk hangpa.Aku takpe tukang download terhebat ada kat rumah.Cik streamyx pun tak buat hal **agaknye mak dadah yang suka curi kabel kawasan rumah aku dah kena langgar lori kot tak pun kena electric shock masa dok asyik curik kabel.Kalau ye,padan muka dorang sapa soh jahat sangat !! kerja halal ada,tapi dok sebok nak potong kabel.Maaf terlebih membebel suda >,<

Adios (=,=)

Sunday, July 24, 2011

Ir.Nuliza Binti Mohd Azam ????

Salam satu Malaysia to all of my stalker here ;) Aku tahu korang mesti dok tunggu aku hapdate menda ni kan???**tak payah buat muka tak tahu pape eks !!! bukan korang ke PM aku soh update blog >,< .Chill suda,hidup mesti kena selalu chill baru ada semangat nak teruskan hidup.Apa-2 pun aku hargai usaha korang dok mengadap laptop samapi nak terkeluar bijik mata,semate-mata nak baca entry sampah menarik aku ni.Actually seperti yang sedia maklum mood aku still dalam keadaan upside down,kejap ok kejap tak ditambah pulak dengan PMS ni lagilah **pada kome pompuan tu biasa la alami idak,pada kome yang laki tu buat-2 faham suda :) kerana aku takde masa nak explain sapa soh korang tido kelas BIO :P 

Actually entry kali ni adalah untuk berkongsi result UPU yang dah keluar hampir seminggu lebih tu.Hari in aku baru terima hakikat dia bagi aku engineering yang bukan bidang aku tu.Walaweh,mai aku nak cita kat korang,time aku tecik-2 dulu aku tak pernah mimpi nak jadi engineer bagai weh.Nak jadi doktor lagi lah,jauh panggang dari api tapi yang peliknya time matrik ambiklah pulak Sains Hayat **nak buat macamana kelas fizik selalu makan roti Pau tido tak payah cakap la,asal cikgu bukak mulut cita pasal fizik aku pun bukak mulut menganga tido sampai meleleh air liur basi.Tapi nasib baiklah keberkatan masih ada,Allah tak bagi fail untuk result SPM bagi subject fizik.Sekarang macamana aku nak menghadap muka CIK FIZIK tu,dah la 4 Tahun,bukan kejap lama terr **lau kawen siap bunting pelamin dah, anak boleh cukup sampai 4.Tapi apa-2 pun Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.So,aku terima result dibawah ni dengan hati terbuka.Let's im showing u olls result yang cukup AWESOME itu .T__T


Terbaik lah UPU anda berjaya membuat saya menangis tanpa melodi tapi apakan daya,nasib dia tak bagi aku  kulinari,lau tak merengkok lah aku celah dapur sampai mampos jadi chef hotel hilton **mana tahu cikit hari ada chance jadi adik angkat PARIS HILTON .At least aku bersyukur lah nasib aku lagi baik dari kawan-2 aku yang dapat Sabah & Serawak tu **merasalah korang naik Kapal Terbang .Kalau dapat sana mahu juah tanah mak aku buat beli tiket Flight balik Raya ;)


Being future Computer engineer adalah satu perkerjaan yang sungguh awesome cause bukan sekadar gaji yang lumayan aku juga berpeluang hack Facebook korang :) Yahoooo !!! i got a chance untuk balas dendam pada siapa yang suka buli aku.Cipta satu sistem untuk Hack facebook mereka-2 yang sok bagos itu :) **relex weh,aku gurau je :)

That's oll entry for kali ini,nanti esok aku cari idea update menda yang lagi menarik untuk jadi bahan bacaan sepanjang menjadi pengangur bertauliah ini.Mood masih lagi rindu FATIN NASRINA saya :) kerana status di facebook berunsur pelik !!!  
-
-
-
Day without Fatin Nasrina is like nasi without BUDU :(
Miss You lah Atin,rindu nak skype,rindu nak mengata orang,rindu nak makan KR,
Rindu nak gelak samapi mengong & rindu sumalah yang boleh uat sama-2.
Farid Latiff pun rindu anda tapi saya rindu lagi banyak la :) ♥ Atin

Nasi without budu ????peribahasa gila apakah itu !!! Apa-2 pun for Fatin Nasrina tolonglah balik ke BUMI PASIR PUTEH ini sebelum saya dihantar ke Tingkat 5 hospital USM. Adios :D




Thursday, July 21, 2011

Will Miss Fatin Nasrina Damn Much :(

Haloooooo!!! Anda sekalian para stalker terhormat :) Mesti rindu saya ketat-2 bukan???**perasan gila nak mati kan aku =,=".Setelah selesai berkabung selama seminggu akibat terkena sampuk Result UPU yang teramatlah dasyat finally aku kembali aktif untuk memebersihkan sawang-2 yang melekat dekat blog ni akibat terkejut melampau.Lama tak bising dekat korang kan soh baca blog aku yang happening nie ;P

Acually aku da banyak entry yang belum lagi berjaya dipublished untuk tontonan korang,tapi bawak-2 bersabar.Lambat lagi kot nak register degree Haram tercinta tu,so chill la dulu bai :) Sekarang ni aku still lagi dalam mood sedih kerana BFF tercinta meningalkan aku seorang diri di PASIR PUTEH tercinta ini.ATIN,jangan la pegi lama-2 KL tu,nanti ja rindu :( Dah la tak boleh skype macam selalu,sedih tahu!!!!


This is my lovely Atin,Sayang Atin ketat-ketat lah 

♥ You lah Atin

To Ayid Pakwe atin,jangan jeles ye kerana saya sayang dia lebih dari anda sayang atin :) Atin ni seperti yang korang suma sedia maklum adalah bff saya since sekolah rendah lagi.Walaupun kitaorang bukan satu sekolah rendah tapi kita orang kenal Time tusyen time tecik-2 dulu.Then.bila naik sekolah menengah tersatu sekolah la pulak iaitu sekolah tercinta SMK Kamil :) Jodoh kami tersangatlah panjang sampai Asasi/Matrik pun satu tempat tapi Tempat belajar lain-2 lah.But,sedihnya for degree kami ditempatkan di U yang berbeza oleh Pihak-2 tertttttttttteeeettttt...**tak mahu kata apa-2 hanya mampu senyum je :) But,pape pun jadi we olls still akan jadi kawan baik sampai bila-2.That's my promise to you lah Atin :)


Ps : Atin.jangan kembang eks cause aku terpuji lebih sikit kat sini :) Will miss you lah sepanjang anda kat KL nanti :( Ok, guys see you on the next enty >,<

Thursday, July 14, 2011

Speechless + Panic

Today i'm speechless,there is no joke !!! i'm crazy waiting for tomorrow :( Keadaan boleh di decribekan seperti  gambar di bawah !!! Upu result tolong la keluar tahun depan jangan la keluar esok,aku tak sanggup !!!

Panic + speechless + mengelabah + stress + macam-2 mood yang boleh buat aku gila !!!!!

Wednesday, July 13, 2011

Nangis ke ?? ketawa guling-2 ??

Salam !! And happy wednesday to all of my stalker terhormat sekalian :) Although hari ni adalah wordless wednesday tapi peduli hape aku an?? Siang hari bolehla nak wordless segala bagai tapi malam hari ni kita kena word more pulak case esok an Khamis ** puasa sunat takleh cakap banyak-2 nanti kurus puasa ehhhh,puasa pun pandai diet bagai ke?? aku pun pening apa yang aku mencarut ni =,=" So,bagi menyelesaikan masalah pahala puasa kurang esok hari, malam ni cakap puas-2 sampai terbalik ok !! chill ???



Actually entry hari ni adalah berkaitan dengan post status di facebook celaka happening semalam bersamaan  12/7/2011 kira-2 23 hours ago **tak tahu betul ke tak 23 hours,lau tipu,korang salahkan facebook ok cause Mark zuckerberg yang tolong kirakan.Salah,korang ketuk kepala beliau :) lau beliau tau,mampos aku tapi nasib baik gaklah beliau kafir tak pandai bahasa melayu !!Status semalam berbunyi sedemikian : 
-
-
Scandal tidak bagus terutaman dengan suami orang,
tapi lau dia pakwe kita seblum kawen dengan pmpuan lain,
Apa cerita plak ???? :( **no word


Status tersebut takde kaitan dengan yang hidup mahupun mati,status semate-mate, tak percaya BEDAHLAH JANTUNG, X-RAY LAH HATI,comfirm korang tak jumpa pape-2 :) **bedah jantung nampak ape je ??? Doctor tolong explain pliss cause subject biology kat sekolah dulu hancur !! Pada cikgu bio kesayangan iaitu CIKGU ZAITON,Maaf dalam kelas dulu tido. Pecah tembelang kelas bio tido bai >,<

Ok,back to the topic **mesti korang bengang an??aku selalu lari topic tapi takpe blog ni selalu happening cause aku macam kanak-2 tak lepas cacing ribena.Aku nak tanya korang satu soklan la kan?? Pe perasaan korang pakwe korang kawen tiba-2 padahal die in relationship dengan korang masa kawen dia kawen 2???Dia tak cakap pun dia nak kawen,dia diam je macam takde pape berlaku.Nak sedih ke?? nak gelak guling-2 ?? sebab korang leh merongeng ngan mamat lain :) Aku pun speechless bai,tak tahu nak describe pe yang kita akan rasa kan?? tapi personally bagi aku la kan,nak buat macamana dah takde jodoh.Let bygones be bygones la kan,takkan nak meraung siang malam kot !! nak jadi bini nombor dua takkan la kan?? ada gila nak bagi PAYUNG MAS kat bini tua free-2,tak mahu!!Sumpah aku tak mahu !! Baik aku simpan payung mas tu **gila !!! 

But,tipu jugak lah kan lau kata tak sedih !! Paling koman pun,sehari dua tu nangis cerok dapur tak pun bawah katil **port sesuai nak nangis bagi release tension yang ada :) Tapi sedih pun tak guna bai,korang takkan dapat pape !! chill suda tapi jangan korang jadikkan dia scandal suda even dia cakap dia cinta mati kat korang and dia kawen cause bapak dia pakse ** bapak pakse konon,ni bukan zaman batulah, bapak nak pakse kawen bagai.


Tak guna nak nangis sehensem SHAH RUKH KHAN bagai,
kawen tetap kawen gak !! Just accept the truth la T_T

That's all entry for kali ni,jangan biarkan korang jadi perosak rumah tangga orang.Biarkan dia bahagia dengan apa yang dia ada.Kumbang bukan sekorlah,belambak lagi kat luar tu !! pilih je nak yang mana,tapi jangan dok pilih yang jual dadah sudah la :) Ingat weh,nisbah pompuan ngan laki 37 : 1 bak kata Dianan Amir tapi tak perlulah nak jadi perigi cari timba.Allah dah tentu la jodoh kita.So,jangan dok gedik sangat !! chill sudah :) Adios !!


Wordless Wednesday #1




Abang pilot,come to me lah !!!
=,='

Tuesday, July 12, 2011

Aku mahu itu,Aku mahu ini

Pistttt..Pistttt..Korang buat apa tu ha????Lau takde kerja moh kita sama mengadap laptop baca entry aku untuk hari yang suram ni cause aku teroverdos tido petang tadi dek kerana semalam kul 4.30 a.m baru tido dok layan cintan kat You Tube !!!! 3 2 1 cinta syok habis cause tak perlu nak pegi wayang or beli cd kerana You tube telah bermurah hati terhadap penganggur berbajet kecil seperti aku yang tak berkemampuan untuk kemana-mana panggung wayang ataupun kedai cd terkemuka kat Malaysia nie kerana jumlah wang yang aku ada tak sebanyak Ananda Krishnan**kene perli lagi beliau,cukup 3 kali memang blacklist la nombor maxis aku :) Terima kasih You tube di atas jasa baik ada !!!! Let's stop merapu kerana overdos merapu menjadikan otak anda tak sihat dan kuat :)

Actually entry kali ni bukan penting mana seperti entry-2 sebelum ini,dek kerana kepuasan melampau akhirnye entry ini berjaya dipublished oleh saya selaku minah gojes senget.Aku pasti korang tak sabar nak tau ape kebenda AKU MAHU ITU,AKU MAHU INI.Title entry ni membawa maksud tersirat kerana aku nak shortlist kat korang apa yang aku nak sepanjang tahun ni yang sampai sekarang tak dapat-2 dek kerana miskin terlampau bai.Almaklumlah,nama pun pengangur tegar,duk tunggu nak masuk U..Nanti PTPTN kasi wang memang aku nak shopping bagi habis la ;) **shopping sampai abis konon,nanti keluar BULETIN UTAMA seorang pelajar dijumpai mati akibat kelaparan terlampau dek kerana duit PTPTN dah licin.
Lupekan je la mimpi nak songlap duit PTPTN,nanti ada yang tak makan kot.

Let's im showing u olls list mende-menda yang aku dok mengidam sangat tu.Of course la benda pertama yang aku nak adalah ...Jeng!! Jeng !!.Jeng !!!
????????
-
-

DSLR of course,menda first yang aku nak.Da lame kot impi sebijik cam gini !!!



Fixie!!!Untuk kemudahan di Universiti nanti,Buat pe nak naik mot,keta segala.Basikal suda,tak payah nak payung minyak bagai.Kayuh je terus jalan.Yang ni memang tak payah fikir sangat cause my beloved mummu dah janji nak beli :)



Ipad :) 


I phone !! nak sangat,tak sanggup dah pakai N70 yang uzur berusia 6 tahun 2 !!!


External hard disc !!! untuk simpan gambar yang gojes & filem lucah ilmiah yang ada dalam laptop nie !!

And the last thing yang aku memang nak gila-2 macam nak mati adalah laptop baru.Tolong la takde sapa yang berbesar hati nak sponser ke????Abah !!! Ma !!! Tolong lah anak mu yang gila gajet ni !!
Mesti korang kate aku demand gila nak mati kan???actually bukan nak sangat pun tapi kalau dapat sedap gak boleh canang satu kampung aku ada DSLR,I PHONE, I PAD dan segala bagai lagi I yang ada kat dunia nie.

That's olls for entry kali ni,sapa rasa nak sponser apa yang aku nak tu boleh la bawak call aku maxis ke,celcom ke??memang 100 % akan dilayan.Di jamin punyalah !! Adios !!
-

Monday, July 11, 2011

Jadi Hatim ABD Razak :)

Halooooo!!!!Dengan sepantas Evo Iswara mak aku **Tak payah nak Evo sangat Iswara kebangaan mak aku pun laju tahu :) )teros je mengadap laptop ni untuk mengupdate entry for kali ini bagi tidak mengecewakan tukang stalk terhebat aku Rosnizan Roslan**mesti ko bangga kan dengan aku kerana tak pasal-2 name ko pun ada kat blog aku yang bapak happening suram ni cause takde orang yang macam ko nak jadi tukang stalk :)Bagi menghormati cik Rosnizan kita sebagai penstalk TEGAR,aku bagi ni kat ko !!!
-
-
-
-

Gambar ni buat aku ingat ko !!!! Sayang ko ketat-2 la biban :D

Actually entry kali ini bukan untuk  Siri Pengembaraan UPIN & IPIN part 3,tapi just saje2 buang masa nak kasi laptop ni meletup nanti boleh beli laptop baru keluaran CIK APPLE :) **takleh pakai Iphone pun takpe asalkan dapat laptop baru sebijik.Ok,back to our main point !!!!Sebenarnya aku nak cerita kat korang macamana aku boleh gila berblogging sejak abis matrik ni sedangkan blog ni dah di create hampir 3 tahun kot sejak dari 2009 lagi weh time tu aku baru form 5.Lama gila kot an???lau ko tgk blog archive aku 2 entry satu tahun bai.Tahun 2009 2 entry,tahun 2010 2 entry !!!cam gampang je kan ada blog tapi tak ambik peluang nak jadi famous macam blogger melayu lain.Lau korang nak bukti 2 entry satu tahun ni.Korang tengok lah sendiri kat blog archive tu eks.Takde mase aku nak capture tok korang :) **Bapak malas,macam mana nak soh orang baca blog nie.

Sebenarnya aku ada suka satu blog sorang hamba Allah ni,sumpah blog dia memang best gila weh.Kalau korang baca sumpah korang rasa nak gelak guling-2.Doktor tulis blog macam bukan budak medic **maaf ye Hatim saya termengutuk anda :) Aku boleh baca blog si Haitm  ni pun cause CIK BIBAN a.k.a Rosnizan tu la yang promote.Patut la masa awal-2 sem 1 dulu masa MAXIS hangat dok bagi on9 FREE pakai phone **sekarang maxis dah kedekut dah cause ANANDA  KRISNAN dok busy nak buat patung lagi besar dekat batu cave tu.Lau Ananda Krisnan tau aku kutuk dia memang sah-2 dia blacklist name aku sebagai penguna maxis!!!Kan tak pasal-2 takleh uat supersaver call abang pilot datuk aku tanye khabar.Maaf ye anda **sambil buat muka kesian >,< .Hatim ni actually bakal DOKTOR weh,dia study Medicine at UCD Ireland,sapa kata doktor takleh berblogger **meh aku ketok cikit kepala mereka yang kata macam tu.Aku tengok Hatim tu steady je,boleh published blog time minggu exam :) So,mane manusia yang nak jadi doktor tu,tak payah lah stress bagai, chill la macam dak Hatim Razak tu.Lau korang tak percaya!!!Moh aku bagi link blog dia,then pandai-2 lah pegi baca eks !!!Nah ambik **sambil buat muka terpakse! 


Inilah gambar beliau yang sempat dicurik  diambil dalam facebook kesayangan beliau :)
Nampak macam rupa doktor tak ???kalau aku jumpa tepi jalan sumpah aku tak kate beliau doktor
**Maaf Hatim termengutuk kali kedua 

Bawak-2 la baca blog beliau,sumpah korang tak tidur malam nie.Aku baru je khatam satu setengah tahun baca blog tu :) Entah bila la nak baca sampai abis.Tapi kalau BIBAN aku pasti memang dia baca sampai abis,lau korang tanya dia,mesti dia dapat jawab suma mengalahkan awek si Hatim :) Oklah u olls,aku rasa setakat ni je la aku citer pasal si hatim ni.Untuk lebih info,baca blog dia sendiri.Adios !!!!!

Ps : Untuk entry Pengembaraan Upin & Ipin Part 3 tu,paksa Nur Hidayah Norsalan upload gambar laju-2!!!
Barulah korang boleh baca dengan jayanya =,="

Sunday, July 10, 2011

Pengembaraan Upin &Ipin Part 2

Hallooo!!! to all my stalker yang setia menstalk blog aku yang entah pape ni.Finally rasa jijik geli aku pagi tadi makin lama makin hilang and mamat tu pun aku rasa dia dah faham bahasa tamil yang aku explain kat dia yang aku memang tak pernah suka beliau!!!Gamaknye la faham,lau dia tak faham-2 lagi memang aku upah gangster tetak kepala dia la.Ok,cukup lah merapu tak tentu pasal kan!!

Sekarang back to our title above iaitu pengembaraan aku semalam yang tak sempat nak cerita kat korang lagi.Setelah membuta selama sehari hari ini,finally aku dah cukup energy untuk story kat korang tentang pengembaraan yang fulamak bapak extreme kalah citer KONGSI bai !!Lets start now,semalam hari sabtu bersamaan 9/7/2011 aku,atin and ejak telah memulakan pengembaraan kami ke KOTA BHARU dengan bangganye apabila aku n atin overdos tido 8.30 pagi tak bangun-2 sedangkan kteorang dah janji kul 9.30 nak gerak.Dengan taik mata yang belambak aku bergegas la pegi mandi cause atin kata dia dah mandi,dah la aku kena jalan kaki keluar dari rumah aku bai disebabkan abah aku takde kat rumah.Tepat pukul 10.05 pagi aku pun sampai la dekat bas stesen and jumpa atin.2 Jam kita orang tunggu bas bangang kebangaan sejagat tu datang tapi tak datang-2.Tengah asyik borak ngan atin tetiba sorang mamat ni tegur kteorang.Walaweh,mamat ensem tegur teruja bagai rasa macam nak guling-2 pun ada sampai lupa bas tak datang-2 dari tadi.Mamat ensem tu berkata;
"Nak pergi mana???aku dengan selamber deknye jawab la nak pegi kota bharu!!!
Mamat tu pun senyum bagai sampai aku yang tadinye nak saman cityliner kerana perkhidmatan lembab mereka macam kura-2 tak jadi dek kerana dah cair dorh.Then,ejak pun call tanye kteorang kat mane,tak sampai 10 minit ejak datang bersama atos kebangaan beliau untuk angkut aku and atin.Dengan kelajuan tahap kuasa Evo versi atos kami pun sampai lah destinasi pertama kami iaitu TESCO kebangaan rakyat kelantan.
Antara barang yang sempat kami angkut dekat TESCO tu adalah seperti berikut :
-
-
-

30 botol ais coke untuk digunakan pada hari party liar kami!!Abang tesco kat cashier tu pun sempat mintak nak join party kteorang tapi maaflah abang kami tak boleh ajak abang!!!

&


Ayam yang hampir hancur setelah di rogol makan oleh Mat Ejak

So,breakfast lah kami dengan ayam yang menjijikan menyelerakan sehingga tangan sorang-2 berminyak macam baru lepas mandi minyak and last-2 ejak terpaksa pakai kertas untuk pegang stereng and gear atos kebangaan kami itu.Antara gelagat bawak keta yang sempat kami rakam !!!!!
-
-
-
-


Mengiurkan bukan,tak pernah di buat orang kecuali Mat Ejak je yang pernah buat kerja gila awesome ini.Ini menandakan IQ kami bertiga adalah tinggi mengahlah Adi Putra yang pandai math tu :) **maaf adi kerana name anda tershortlist kat sini**Then,tetiba dayah kawan aku yang satu matrik dengan aku call cakap dia nak jumpe kteorang dekat rantau pendek panjang.Kitaorang apa lagi,dengan tak fikir panjang teruslah menuju ke rantau pendek **maaf!!!sedikit sebanyak cerita untuk pengembaraan ini di cut akibat risau ada manusia kati ini adalah essay BM**

On the way nak pergi rantau panjang tu kami nampak satu binatang yang sungguh menarik perhatian kami bertiga iaitu >,<


Inilah binatangnye,Bas Catar!!!awesome bukan???mesti orang kat dalam benda alah ni merasa agak bangga kerana berjaya di photoshoot oleh aku mengunakan DSLR di import khas oleh atin buatan siam.Korang ada???takde kan???atin je ada.Padan lah akak kat dalam benda alah ni senyum semacam je,rupanye beliau sedar kteorang uat sesi photoshoot tapi maaflah akak kami nak shoot word BAS CATAR je bukan muka akak yang comel tu. =,="

Korang mesti suspen gila an apa jadi bila setibanye kami di rantau panjang tapi maaf la ye,tangan koi dah tak larat nak tekan butang-2 kat laptop ni tok citer kat ork suma.Kan ada jugak yang meletup malam nie.Koi janji nanti koi sambung lagi ok untuk entry part 3 pengembaraan extreme ni :) Bagi tak mengecewakan ork-2 stalker koi yang tercinta,koi selit dua gambar untuk tontonan kome suma ok !!!



Ps: Jangan nak kutuk2 gambar kami kerana kami tahu kami adalah manusia yang very the gojes kat Malaysia ni sampai FASHA SANDHA pun takleh cari makan tahu kalau pengarah kat luar sana ambik kami jadi pelakon dorang -_______-




Disgusting !!!

Pistttt..Pistttt..Entry kali ni cukup suspen sampai aku nak citer pun kena bisik-2 tahu !!!Korang nak tahu tak pagi tadi aku dapat mesej yang buat aku rasa jijik geli gila dorh sumpah rasa macam haram je.Mesej tu dari sorang mamat yang aku baru kenal tak sampai sebulan pun.Aku tulis entry ni bukan untuk memalukan beliau atau bajet gojes ke **walhal aku dah tahu aku memang very the gojes u olls.

Sumpah wa cakap lu,mesej tu uat aku rasa jijik gila sampai rasa nak gelak guling pun ada bila baca mesej tu.
Time aku baca mesej tu aku mampu uat muka macam ni je
.
.
.
.
.

Sumpah aku rasa macam sengal gila mamat tu,dalam dunia yang penuh dengan kemajuan ni,da lagi mamat jenis purba macam tu.Aku bukan belagak dorh,ko tak kenal aku tetiba ko boleh bawak keluar ayat yang macam bangang gampang tu!!!Antara petikan mesej beliau..Jeng!!jeng!!jeng!!
.
.
.
Salam,saya nak awak tahu yang saya sayangkan awak walaupun kita baru kenal.Biarpun awak anggap saya sebagai kawan awak tapi saya anggap awak lebih dari seorang kawan.Saya cuba nak luahkan perasaan saya kat awak tapi awak cakap tak suke kalau saya nak luahkan isi hati saya pada awak sebab awak tak suka lelaki yang baru awak kenal cakap macam tu.Sejak saya kenal dengan awak terbuka pintu hati saya untuk terima awak yang dulu hati saya hancur sebab cinta terputus dan tertutup untuk bercinta lagi tapi sejak awak hadir dalam hidup saya semua tu hilang bagai ditiup angin.Sanggup ke awak hati and perasaan  orang yang sayangkan awak hancur.Apa yang saya bagitahu tu isi hati saya untuk awak.Mungkin awak tak dapat nak terima isi hati saya pada awak.Saya cuma nak luahkan je sebab nanti takut terlambat bagitahu.Kalau awak tak dapat nak terima lepas ni jangan hubungi saya lagi Saya maafkan semua salah awak kat saya walaupun takde salah.Saya nak minta maaf hujung rambut sampai hujung kaki kalau selama kita kenal saya ada salah and silap,halalkan apa yang pernah saya ambik dari awak.Mungkin lepas ni kita tak akan berhubung lagi.Terima kasih sebab sudi kenal dengan saya.Jaga diri baik-baik and teruskan niat awak untuk diet.Saya tak akan pernah benci orang yang saya pernah sayang ketika dulu.Saya doakan awak berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat.Salam terakhir dari insan yang bernama ..........!!!

100 % aku copy dari mesej yang dia bagi aku.Aku bukan tak kesian kat dia,aku kesian tapi maaf la ko dah buat aku jijik dengan mesej ko yang entah pape ni weyh!!!Sumpah geli !!!Aku maybe boleh terima benda ni kalau ko confess kat aku 5 bulan akan datang,ni 2 minggu pun tak samapai ko boleh pulak nak citer aku bukak pintu hati ko bagai.Aku takde niat pon nak malukan ko dengan entry ni tapi kalau ko terbaca maaflah,aku memang tak boleh nak terima confess bodoh berani mati ko tu.Satu lagi,aku sedar aku tak cantik pun tapi aku bukan jenis pompuan yang sangap desperate jantan gila nak mati.Walaweh,ko salah orang la nak confess cinta iklas dari hati bagai itu.

That's all,ape aku nak share dengan korang for entry kali ni...

Ps : Pada yang nak kawan ngan aku lama,tolong la jangan nak confess benda jijik macam ni kat aku sekali lagi aku tegaskan kat sini,aku bukan jenis pompuan yang desperate jantan gila nak mati !!!Adios !!!

'________'


Pengembaraan Upin &Ipin Part 1

Hye guys,miss all of u lol !!! **sambil melompat bagai anak kera Ungka.Korang selaku stalker berhormat blog aku ni mesti rindu nak dengar aku mencarut bercerita kisah hidup yang cukup awesome ni kan????Ecececececece,aku tahu mesti korang buat muka jijik gila sambil kata 'Weyhhh,minah songkla bila masa pulak aku pelahap nak baca blog usang ko ni !!!!' and dengan bangganye aku akan jawab 'WTF lah babi awak.
Okey,lets go straight and don't kona-2 from our topic.

Actually tujuan mengupdate blog untuk kali ini adalah untuk menceritakan betawa extremenye pengembaraan UPIN & IPIN versi Fatin Nasrina,Amirul Ejat & of course lah Miss very the gojes iaitu aku la,bukan ROZITA CHE WAN eks,ini kerana beliau tak sempat menyetai kami dalam pengembaraan ini kerana sebok melakonkan watak perempuan bunting mengandung dalam slot samarinda ANISSA.Mesti korang tertanya apekah maksud status yang baru sahaja diupdate dalam facebook beberapa minit tadi yang berbunyi ~~

Pengembaraan bersama Fatin Nasrina & Ustaz Amierul sungguh awesome,
mengahlahkan pengembaraan UPIN & IPIN :)
Atos adalah kenderaan kebangaan kami,
Bila dah kerja kita beli atos sebijik sorang ye :) **Mood Gelak guling2

Apakah kaitan FATIN NASRINA,USTAZ AMIERUL,SAYA dan juga ATOS tercinta????? dan tidak lupa juga kepada Abang station bas,Abang tesco and Abang pak guard kerana menceriakan lagi pengembaraan yang cukup malepetaka AWESOME ini.Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi sila tunggu for the next entry kerana beta mahu tidur dulu akibat keletihan melampau sepanjang pengembaraan ini.bagi tidak mengecewakan ramai pihak,saya selitkan gambar para pelakon yang menjayakan filem bangang hangat ini yang akan meletup seperti NASI AYAM POK HIM !!!
Antara pelakon gojes adalah seperti berikut :



♥FATIN NASRINA♥





♥amirul ejat♥




♥me & DAYAH♥

Tidak lupa yang turus menjayakan cerita ini untuk lebih jaya lagi iaitu wahai che???


♥Atos♥

Ps : Kepada sepupu dayah eman yang masak telor 6 jam tu,maaf gambar anda tidak berjaya di shortlist dalam senarai pelakon kerana gambar takde begitu juga kepada para mekanik kami IBA & EWE dan juga engineer USM yang tidak diketahui nama beliau akibat stress melampau :)

That's all untuk pendahuluan entry PENGEMBARAAN UPIN & IPIN untuk maklumat lanjut tunggu next entry okeyh!!!chill!!! =,='

Friday, July 1, 2011

Gilakk !!

Salam sayang to all of my stalker yang suka stalk blog saya yang awesome tak awesome ini :) Lately saya tersangatlah jarang menupdate blog yang sudak bersawang ini kerana saya takde benda yang awesome untuk diceritakan kepada anda tapi tonight i have one story yang cukup-2 awesome untuk diceritakan kepada anda (berapa kali nak 'awesome' la aku ni,almaklumlah baru pandai sebut 'awesome') iaitu kegilaan saya mengupdate status di facebook and sekarang ni benda tu dah menjadi tabiat.So let see,status yang berjaya diupdate untuk 2 minggu kebelakangan ini :)
  • Laki ni memang mata keranjang an,
    tak cukup satu, nak lagi satu,
    Tu baru yang couple so tak heran la lau yang kawen pasang sampai 4 :(
    **Mood Bengang
  • Waa,terasa gemok selepas berbuka :(
    Esok kene puasa lagi ni,
    Baru rasa kurus je and Pasti Abg PILOT sayang je ♥
  • Terasa nak beli Baju yang ada muke elmo,
    Tolong la takde orang nak bagi free ke :( ♥
  • Perut bertahanalah anda,
    petang karang an saya bagi la makan,
    Kan anda puasa hari nie >,<
  • Finally Siap dok kijoan budop skoloh,
    Nok tido plop esop kijo plop,
    Time nop mipi ko PILOT plok :) ♥
  • Serabut weyh dengar Ore sebut Midvalley nie,
    Teringat lalu ko Jate sumax 2,
    Bo la sebut,nanaoh telingo :(
  • Harap2 la aku larat nak beraerobik sambil berpuasa esok,
    jangan sakit otak tetiba sudah :) ♥
  • Alhamdulillah,kenyang jugak akhirnye perut nie..
    Esok puasa lagi ye perut sampai anda kurus :)
  • Jadi orang tak payah nak berlagak sangat,
    Ko ingat ko Puteri Raja ke,
    Ko yang add aku gila,bukan aku add ngko,
    Aku approve 2 dah kira bersyukur okeyh,
    Pegi mampos la ko :P
  • Sapa kata Workout time kita puasa tak boleh,
    Aku buat boleh je,nak kurus punye pasal,
    Hentem je la labu :)
  • Ya Allah,nasib baik lah KAU menahan nafsuku,
    Lau tidak meme kenyang la makan Tom Yam malam2 buto nie,
    Gemok mula lah esop,
    Syukur !! :)
  • Wahai Lemak yang awesome,
    tolong la blahh dari badan saya,
    Saya dah tak sanggup pelihara anda,
    Dah 19 tahun kte bersame,so nilah mase anda untuk berambus :( **Mood Merayu
  • Wow,kenyang perut suka hati :)
    Cukup sahaja makan untuk hari ini,
    esok kita makan lagi ok :)
  • Bagi mengelakkan perut berbunyi Krok..krok,
    Akibat lapar terlampau,
    Jom kita tidor :( **lapar like hell**
  • Macaroni Bakar sungguh yummy,
    Tapi apakan daya diet is more important,
    Sabar ye perot tunggu lagi 90 hari :(
  • Semalam aku mimpi couple dengan pilot,Syok abis la rasa nak lompat2 ,
    Nampaknye jodoh dgn pilot la tu,Jgn jeles la u olls,
    Nanti aku nak kawen dalam Kapal Terbang aku ajak Korang :P
    Tapi tambag sendiri2 ok **Mood Berbungga**
  • Saya tido dulu,cause nak mimpi kawen dengan pilot !!! ♥
  • Makcik-2 dekat tempat aerobik tu sungguh awesome sekali,
    aku yang muda ni kalah syiot !!
    Dorang golek lagi power,kalah mas idayu !! :)
Itu sahaja antara status yang berjaya dicopy melalui wall facebook tercinta,selebihnya sila refer sendiri okeyh !
Antara perkataan yang banyak di sebut dalam status-2 tersebut ialah PERUT,LEMAK,KURUS,DIET and the most important word ialah PILOT almaklumlan la saya kan cantik cute,berlagak la nak kawin dengan abg PILOT.Ececece,ada hati konon dorang pun tak hingin la sayang oihhh,jangan nak perasan.Word-2 yang berunsur mahu kurus itu disebut kerana saya dalam process mengecikkan apa yang patut kecik.

Now,tibalah masa yang paling best sekali iaitu status yang paling hot sampai ramai gila orang like.
????????
????
??
'_______'

Hari ni cukup 2 minggu saya berdiet
And i lost 4KG within 2 weeks,
Wow..sunggguh awesome,
Rasa macam nak terjun KB MALL je :P ♥

Itulah status yang menjadi kegilaan ramai untuk minggu ini.Of Course korang akan kata aku gila cause update pasal status tapi peduli hapa aku,aku tak kacau korang ok!! Lau rasa gatal mulut sangat nak kutuk,anda dipersilakan berambos kerana saya tak memerlukan KAKI STALK macam anda :)
Ok,that's all entry untuk kali ini,nanti rajin aku mengarut lagi kat sini ok :))
Untuk mencantikkan post ni, i put dis photo untuk tontonan umum.