Followers

Sunday, July 10, 2011

Pengembaraan Upin &Ipin Part 2

Hallooo!!! to all my stalker yang setia menstalk blog aku yang entah pape ni.Finally rasa jijik geli aku pagi tadi makin lama makin hilang and mamat tu pun aku rasa dia dah faham bahasa tamil yang aku explain kat dia yang aku memang tak pernah suka beliau!!!Gamaknye la faham,lau dia tak faham-2 lagi memang aku upah gangster tetak kepala dia la.Ok,cukup lah merapu tak tentu pasal kan!!

Sekarang back to our title above iaitu pengembaraan aku semalam yang tak sempat nak cerita kat korang lagi.Setelah membuta selama sehari hari ini,finally aku dah cukup energy untuk story kat korang tentang pengembaraan yang fulamak bapak extreme kalah citer KONGSI bai !!Lets start now,semalam hari sabtu bersamaan 9/7/2011 aku,atin and ejak telah memulakan pengembaraan kami ke KOTA BHARU dengan bangganye apabila aku n atin overdos tido 8.30 pagi tak bangun-2 sedangkan kteorang dah janji kul 9.30 nak gerak.Dengan taik mata yang belambak aku bergegas la pegi mandi cause atin kata dia dah mandi,dah la aku kena jalan kaki keluar dari rumah aku bai disebabkan abah aku takde kat rumah.Tepat pukul 10.05 pagi aku pun sampai la dekat bas stesen and jumpa atin.2 Jam kita orang tunggu bas bangang kebangaan sejagat tu datang tapi tak datang-2.Tengah asyik borak ngan atin tetiba sorang mamat ni tegur kteorang.Walaweh,mamat ensem tegur teruja bagai rasa macam nak guling-2 pun ada sampai lupa bas tak datang-2 dari tadi.Mamat ensem tu berkata;
"Nak pergi mana???aku dengan selamber deknye jawab la nak pegi kota bharu!!!
Mamat tu pun senyum bagai sampai aku yang tadinye nak saman cityliner kerana perkhidmatan lembab mereka macam kura-2 tak jadi dek kerana dah cair dorh.Then,ejak pun call tanye kteorang kat mane,tak sampai 10 minit ejak datang bersama atos kebangaan beliau untuk angkut aku and atin.Dengan kelajuan tahap kuasa Evo versi atos kami pun sampai lah destinasi pertama kami iaitu TESCO kebangaan rakyat kelantan.
Antara barang yang sempat kami angkut dekat TESCO tu adalah seperti berikut :
-
-
-

30 botol ais coke untuk digunakan pada hari party liar kami!!Abang tesco kat cashier tu pun sempat mintak nak join party kteorang tapi maaflah abang kami tak boleh ajak abang!!!

&


Ayam yang hampir hancur setelah di rogol makan oleh Mat Ejak

So,breakfast lah kami dengan ayam yang menjijikan menyelerakan sehingga tangan sorang-2 berminyak macam baru lepas mandi minyak and last-2 ejak terpaksa pakai kertas untuk pegang stereng and gear atos kebangaan kami itu.Antara gelagat bawak keta yang sempat kami rakam !!!!!
-
-
-
-


Mengiurkan bukan,tak pernah di buat orang kecuali Mat Ejak je yang pernah buat kerja gila awesome ini.Ini menandakan IQ kami bertiga adalah tinggi mengahlah Adi Putra yang pandai math tu :) **maaf adi kerana name anda tershortlist kat sini**Then,tetiba dayah kawan aku yang satu matrik dengan aku call cakap dia nak jumpe kteorang dekat rantau pendek panjang.Kitaorang apa lagi,dengan tak fikir panjang teruslah menuju ke rantau pendek **maaf!!!sedikit sebanyak cerita untuk pengembaraan ini di cut akibat risau ada manusia kati ini adalah essay BM**

On the way nak pergi rantau panjang tu kami nampak satu binatang yang sungguh menarik perhatian kami bertiga iaitu >,<


Inilah binatangnye,Bas Catar!!!awesome bukan???mesti orang kat dalam benda alah ni merasa agak bangga kerana berjaya di photoshoot oleh aku mengunakan DSLR di import khas oleh atin buatan siam.Korang ada???takde kan???atin je ada.Padan lah akak kat dalam benda alah ni senyum semacam je,rupanye beliau sedar kteorang uat sesi photoshoot tapi maaflah akak kami nak shoot word BAS CATAR je bukan muka akak yang comel tu. =,="

Korang mesti suspen gila an apa jadi bila setibanye kami di rantau panjang tapi maaf la ye,tangan koi dah tak larat nak tekan butang-2 kat laptop ni tok citer kat ork suma.Kan ada jugak yang meletup malam nie.Koi janji nanti koi sambung lagi ok untuk entry part 3 pengembaraan extreme ni :) Bagi tak mengecewakan ork-2 stalker koi yang tercinta,koi selit dua gambar untuk tontonan kome suma ok !!!



Ps: Jangan nak kutuk2 gambar kami kerana kami tahu kami adalah manusia yang very the gojes kat Malaysia ni sampai FASHA SANDHA pun takleh cari makan tahu kalau pengarah kat luar sana ambik kami jadi pelakon dorang -_______-