Followers

Sunday, December 23, 2012

Final Exam is Coming


Hai u olls :) tengok gambar kat atas pun korang dah tahu dah apa yang ja cantik ingin perkatakan for this entry ! FINAL FINAL FINAL and of course i hate final because banyak benda lagi tak cover ! Mati lah mak nyah :( Dah la peksa 10 hari je for 6 papers nasib baik sem ni bukan macam sem lepas,kalau sem lepas 4 hari for 6 paper lagi gila tapi Alhamdulillah result sem lepas masih lagi ok and ja harapkan result sem ni pun ok !

Now,adalah minggu study week yang sungguh membosankan bagi student engineering seperti i yang suka berjimba ! No movie,no jalan pergi alor setar mall tengok wayang tapi no on9 dikecualikan ok :) takde activiti menarik yang boleh dilakukan selain fikir bila nak start belajar ni sebab for your information saya adalah manusia paling lah malas nak mati kalau sebut pasal belajar ni ! Unta pun takde malas macam aku 
Kalau korang tak percaya aku malas belajar korang pergi tanya lah kawan2 aku sana ! kalau esok nak test ke hape ke,malam ni pukul 12 aku baru reti nak terhegeh pergi bukak lecture note tanya esok test kuar ape.Buruk sungguh perangai gua kan ?? tapi Alhamdulillah buat masa sekarang aku boleh lagi follow la apa yang aku belajar kalau tak mesti dah lama jahanam dah !

Ok,esok dah Isnin mungkin malam ni aku dah patut belajar sebab selasa depan dah ada paper untuk discrete .Pada kawan2 sekalian silalah belajar ok,jangan jadi macam aku bila study week malas bila dapat result orang dapat dean kita ternganga macam kerang busuk.Satu lagi don't stress2 ok bacause its not good for health nanti muka berkedut sapa susa ? kau jugak yang susa sebab kene tepek make up banyak ! satu lagi makan lah coklat sebab ada yang kata makan coklat boleh hilangkan stress konon tapi jangan pulak lebih makan nanti tambah pulak kau punya stress sebab hadapi masalah OBESITI melampau :)Tapi yang paling tak menahan tips study yang nie lah 


Kalau yang ni don't try this at home lah kalau kau rasa kau belom ada Suami/Isteri kang tak pasal2 dapat result jadi package dapat baby jugak ! hahahahahahahaha

Btw,thanks for reading rakan2 sekalian ! Nanti kalau aku rasa nak hapdate pasal  stress aku time study week tu,i'll update soon sebab sekarang belom start belajar lagi ! sebab tu lah tak stress :) ok adios 




Friday, December 14, 2012

Kawen


Talking about marriage is not about kau kawen hari ni kau boleh cerai esok but it's all about responsibilities !
Nowdays,bila bukak je laman sosial macam facebook or whatever ramai je ko tengok orang dok hapdate gambar kawen and sometimes mesti terdetik jugak dekat hati kau bila la aku nak kawen macam die ! But pernah tak kau terfikir kau mampu ke nak pegang tanggungjawab yang besar tu sedangkan spander kau sendiri mak kau basuh lagi ! Aku ada terbaca blog Maria Elena 3 hari yang lepas and suka dengan satu ayat ni !!

"Kalau nak kawen janganlah kerana gatal nak tangkap gambo sweet2 bagai ,nak kawen kerana it's right di sisi agama demi Allah swt because once married it's all about responsibilities"




100% agreed with Maria Elena ! As for me ramai orang sekarang kawen sebab kau gatal nak kawen sangat bukan sebab kau sanggup nak pikul tanggungjawab yang Allah yang Allah beri kat kau sebab tu jugak la senang2 hari ni kau kawen then esok cerai berai. Hello u olls,kawen ni bukan macam main lego tau,hari ni runtuh esok boleh bina balik !! Ye ah,mana taknya ada segelintir manusia ni spesis yang laki nak kawen sebab bini cantik je ! Yang perempuan pulak kawen sebab laki die kacak tak pun  duit berkepuk2.Pernah tak terfikir wahai kawan2 sekalian sejauh mana keaadaan rumah tangga kau kalau ada laki kacak bergaya tapi kau sendiri tak pandai nak jaga laki kau comfirm laki kau lari maaaa ! Kalau yang duit berkepuk pun buat hape kalau die bagi kau duit je tapi tak bagi kebahgiaan kat kau.Tapi tak semua orang macam tu,ramai je yang kawen sebab mereka dah memang bersedia nak pikul tangungjawab sebagai suami dan isteri yang baik.Ingat kawan2 sekalian Allah akan beri kita apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu So,pandai2 lah fikir yang mana baik dan yang mana buruk sebab orang cantik ke,orang kacak ke,orang hodoh ke semua sama je disisi Allah.As long as kau boleh jaga diri kau InsyaAllah kau akan dapat kebahagiaan di dunia dan di Akhirat. Ingat jangan rasa diri kita sempurna sebab bila2 masa Allah boleh tarik apa yang kita ada sekarang.

Apa yang aku merapu pun aku tak tahu ! Bajet nak jadi Ustazah malam buta ni sedangkan diri sendiri pun banyak lagi kena perbetol.Ingat kalau dah jodoh takkan ke mana,jangan di kejar !Kalau Allah dah tetap dia adalah jodoh kita datanglah die nanti.Oklah dah takde benda nak cakap,kalau ada terkasar bahasa saya minta maaf dari ujung rambut sampai ujung kaki sebab saya adalah seorang manusia yang lemah.Please Marry someone who make you fall in love with Allah every single day.Adios :)



By me : Nurliza Azam !

Saturday, November 10, 2012

Air tangan Engineer to be !

Hye guys ! Happy Saturday semua :) Mesti hari ni korang semua keluar berjimba dengan gembiranya kan ? Ada yang dating dengan pakwe ,Ada yang hang out dengan kawan2 and ada yang pergi vacation sana sini and of couse aku hanya terjelepok dekat rumah memikirkan masa depan yang tak tahu lah cerah ke ? gelap ke ? Tapi tapi tapi kan,hidup I takde la boring sangat dekat rumah ni walaupun takde pakwe nak bawak pergi jalan2,takde duit nak pergi vacation yang hebat ! At least pagi tadi I bangun awal ok u olls untuk pergi pasar beli barang untuk memasak lunch yang hebat pada hari ni. So I wanna to u olls semua I dengan my friend suma masak lunch hari ni ok ! Ingat senang ke nak jadi housewife berjaya,susah ok ! Bangun pagi beli barang mentah,prepare barang tu sebelum masak,potong ayam,potong sotong,potong sayur nasib baik tak potong jari maaaa !! Fuh ! so di sini gua ingin nyatakan gua sayang mak gua sebab beliau adalah seorang Isteri yang berjaya sebab selalu jaga makan minum kami sekeluarga. I LOVE YOU MA :)

Ok,banyak sangat dah merapu ni.Actually plan masak memasak ni sebenarnya dah lama plan dari minggu lepas lagi tapi dek kerana test yang banyak gila nak mati last week, we all terpaksa la cancel semua plan yang ada sampai satu malam tu ada orang stress test sampai masak bihun goreng pukul 1 pagi ! siyes i'm proud to be engineer ! ahaks :)

So,tanpa berlengah lagi I wanna show u olls menu yang kiteorang berjaya masak tengah hari tadi ! Siyes berpeluh2 ok.Sekarang aku baru tahu kenapa kalau pergi makan besar dekat Kuala Perlis bapak mahal gila nak mati sebab penat ok nak buat itu ini.Tapi aku tetap taknak pergi makan sana lagi dah,siyes cekik darah padahal bukan sedak mana pun ! Ni makanan aku masak ni semua modal kecik je,kalau makan kat kedai mahu cakap kat tuan kedai "Pakcik ada kerja kosong tak sebab saya takde duit nak bayar" hahahahaha :)
Inilah menu yang berjaya di masak pada hari ini ! jeng ! jeng ! jeng ! sapa kata engineer tak pandai masak tu boleh terjun lombong sekarang ~


Menu utama Ikan siakap steam yang hanya bermodalkan RM12 ! tak payah pergi kuala Perlis nak makan ni sebab nanti korang kene bayar lebih dari 30 hengget tak silap aku..bapak cekik darah ok !


Tomyam ehem !! ehem !!


Sotong goreng kunyit 


Kerabu sotong menu favorite aku kalau nak masak ! memang aku suka buat menda ni sebab ianya cepat,senang dan ringkas main campak2 je :)


Sayur goreng sos 


Ikan cencaru goreng berlada 


Sambal Bilis


Ok ni lah meja makan kami yang cukup AWESOME lagi menajubkan ! makan mewah tapi mampu makan atas lantai je la =,=" sedeh bukan tapi takpe asalkan makanan suma sedap gilos

ok ! tu je la menu masakan kami yang hanya bermodalkan Rm38 hengget dan mengunakan multicooker and rice cooker je  ! Siyes aku tak tipu langsung maa ! Trust me ! I'm Engineer to be ;) ahaks berlagak gilos 
Kalau kau makan dekat kedai bapak mahal gila nak mati cecah beratus2 dan belum tentu sedap pun makanan yang dorang serve tu..Masak sendiri murah gila,sedap dan bersih pulak tu..cuma perlu rajin je la bangun awal pagi pergi pasar tani.So,selaku pelajar berbajet rendah yang mahu makan mewah jalan terbaik adalah pergi pasar sendiri,siang ikan sendiri,masak sendiri ! Jimat duit boleh makan sampai malam :)
Tapi yang peritnya masa dekat dapur tu lah,panas kot berpeluh2.Masa masak2 tu kiteorang pun terfikir la bukan senang nak jadi housewife tahu ! so laki2 suma tolong la respect bini korang yang tak bekerja tu !Even dia housewife pun dia lagi busy dari orang bergaji besar ok ;)


That's all from me untuk hari sabtu yang cukup Awesome ni ! See,tak pergi KL pun takpe orang tak jemput kan sebab dekat rumah ni pun boleh makan sedap tahu !! ok adios ! sapa nak recipe sila leave ur komen ! nanti gua bagitahu ok :) adiosss~~~~

Thursday, November 8, 2012

Bihun goreng Engineer

Ahaks ! hye u olls :) malam ni macam bengong sikit sebab pukul 1 pagi update status bagai.Actually aku baru lepas berhempas pulas dekat dapur masak bihun goreng ok ! ni lah kehidupan engineer to be bila esok nak test otak pun tak berapa nak betol mana.Mana taknye baru abis 4 lecturer note sedangkan masih berbaki 3 note cepat-2 cakap kaat kawan aku Fida ! "Dah,kau rasa tak ape yang aku rasa ?? Fida dengan slumber badak jawab "Aku tau apa kau rasa Jom turun bawah masak bihun goreng nak ?? " Apa lagi cepat2 kita orang turun bawah potong bawang bagai sedangkan jarun jam dah tunjuk pukul 12 malam ! ha ha ha 3
Tu la kehidupan seorang pelajar kejuruteraan bila esok nak hadap 2 lab and 1 test Digital ! kepala hotak pun dah tak berapa nak betol bila kau terpaksa main dengan no 101010101010101101010 sampai ke sudah !
So korang nak tahu ape jadi dengan bihun goreng aku yang AWESOME ! nama resipi ni BIHUN GORENG ALA DIGIT 1PAGI :) nama pun dah cukup wow kan,of course rasa dia pun WAAAAAAA sedapnya :)





Menakjubkan bukan bila bakal2 engineer yang comel masuk dapur di awal pagi yang hening dan dingin bila stress nak test :)





Inilah die supper malam ni :) jemput makan semua ! I'm proud to be an Engineer and a good chef :) Lepas ni stress kerja aku nak jual bihun goreng la pulak ! ~adios~

Saturday, November 3, 2012

Result oh Result

Hai awok2 sekalian ! hari ni dah 2 kali i hapdate blog dek kerana aura blog yang bertambah cantik kot !
Acually nak hapdate pasal aktiviti apa aku buat time cuti midsem ni tapi at last cancel sebab rasa macam otak terbeban dengan test-test yang bakal aku tempuh isnin nanti ! Mak kau aku kata,banyak nak mati test kot dengan digit,discrete and analog yang memang sepatah haram aku tak faham ! Korang nak tahu tak kenapa aku tak boleh nak terima sangat Analog tu,sebab sebab sebab lecturer dia bukan orang kita ! lecturer tu datang dari yaman and sorang lagi pakistan ! Dorang ajar takde lah teruk sangat tapi penerimaan aku tu sangat susah sebab die punya slang tu bapak susah gila nak faham !So,bila kita susah nak faham kita jadi malas nak dengar,bila malas nak dengar dengan selamber badak aku tido dalam kelas.Jahat bukan aku,tapi apekan daya tiada apa boleh mengubah slang dorang tu.Aku sekarang tengah risau dengan result aku sem ni ! Result before2 dis boleh la cukup2 makan ! takdelah teuk sangat ! So,jom kita usha result aku for Semester 1 and semester 2 for year 1 =,="

For semester 1


overall for this sem result takde lah terok sangat,nampak gak bayang A tapi C tu over gila,nak jugak berlambak2 dekat dalam tu !Tapi aku sangat puas hati masa ni sebab subject favorite aku Basic E dapat A seperti aku hajatkan. Hik hik hik

For semester 2


Result agak tungang langang nak mati ! B berlambak2 sampai aku terfikir sorang2,lecturer ni dendam aku hapa sampai sikit pun taknak kasi A but overall ok sebab C taknak jejak kaki sebab takut aku tempeleng dia.Tapi yang paling tak menahan BM dapat B bhai tapi BI dapat A ! Saya anak orang puteh ka ?? 

For this semester 3 aku tak tahu lah nak kata apa,belajar bapak pemalas gila nak mati,dengan Analog langsung tak tahu apa2 ! Ish ish ish,macam mana nak pergi obersi kalau macam ni Nurliza Azam oih !!
Ni antara subject aku for this sem !


Hopefully aku boleh do better for this sem sebab masa depan dah nampak malap sebab aku memang pemalas nak mati ! Korang pun jangan lupa doa aku tau ! ok,risau2 jugak tapi jom kita perkena Mcflurry milo dulu !Adios~


Aummmmmm ! yummy ;)





Pesday cuti !

Hye u olls ! Setelah sekian lama menyepi finally saya kini menjelma. Hampir seminggu bercuti hari ni baru aku rasa macam nak hapdate blog sebab esok dah nak balik Unimap and dah takde lagi internet selaju di rumah ok.Selama cuti ni takde buat ape pun selain makan makan dan makan !Sampai ke tua pun tak kurus sebab makan is my favourite.So,first day kat rumah hari tu turun2 bas je terus call Fazli and Ejak ajak lepak sama-sama ! Macam biasa,port lepak yang tak megah mana tu ialah KB mall tu lah.Kitaorang tak tahu nak pergi mana,at first nak makan nasik ulam cikgu tapi tak jadi sebab Fazli lambat sangat so ape lagi kami pun pergi je lah makan dekat Kb mall sambil2 teman Ejak beli barang sikit.Almaklumlah orang baru dapat PT die punya shopping kalah kita orang perempuan ni. Ni antara gambar yang kami sempat ambik masa bershopping tu !


muka bajet model gua :)


pok jak dengan hasil shopping beliau !



Then after penat berjalan tawaf the shopping mall,tibalah masa untuk kitaorang isu perut yang comel ni.
Mana tak gila kau,dari pukul 10 pagi keluar pukul 4 petang baru tercari2 tempat nak makan.Tu lah bahananya shopping u olls.At first kita orang bercadang nak makan chicken rice then akak tu kata ayam dah habis.Apelah,tempat je besar tapi hampeh je.So,at last we decided tok makan dekat Rasa Mas.TU first experience tau sebab before this aku tak pernah jejak pun rasa mas tu tapi bila dah makan rasa macam wow ! not really bad and harga die pun standard je takde la mahal mana.





Siap je makan kiteorang pun gerak pergi bandar Kota Bharu kononnye Fazli nak beli bunga bagai !Perghhhh,bajet sweet gilos tapi at last kedai bunga tu tutup sebab dah pukul 6 masa tu.Then ape lagi,pulang dengan hati kecewa sambil rush pergi semayang asar dekat Masjid Muhammadi sebab dah lewat sangat.Yang lucunya Ejak tokleh masuk masjid sebab pakai seluar pendek baru aku tahu straight gak rule masjid dekat Kelantan ni.Then ape lagi terpaksalah Fazli pergi ambik kain dekat dalam masjid untuk dia.So,moral kat situ jangan gedis nak pakai suar pendek lain kali.Siap semayang suma kita orang pun gerak pulang dengan hati yang gembira even mata ngantuk nak mati sebab dari turun bas tak tido2.Ok,thats all citer pesday dok rumah,karang2 aku citer second day,third day and so on !! 




~adios~

Friday, July 13, 2012

Selamat Hari Tua Orang Tua :)


Happy Birthday Kak Yong :) May Allah bless you !! Ahaks :) As,i told u olls bfore,bulan ni banyak sangat birhday budak- budak ni kopak lah duit chek bulan ni.Tapi takpe,lagi banyak lagi bagos sebab senang nanti beli kek sebijik letak je nama suma orang yang lahir bulan ni.Ahaks,jahat tak aku !hahahaha :)

Actually,hari ni bersamaan dengan 13 Julai 2012 adalah birthday kakak kami yang paling tua sekali :) Dalam geng kami dia lah digelar 'Kak Yong',aku 'Kak long' je okeyh !Korang mesti kenal sapa kan ?? Kalau tak kenal pendek umur la jawab dia.Tunggu 2 kali jumaat lagi ok =,=" ape aku meraban pun tak tahu **just joke u olls !Ok,kalau tak kenal meh sini beta tunjuk gambar beliau.


Inilah dia Lia Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Lia @ Kak Bie dalam kalangan kami yang comel.Jika beliau sedang membaca entry ini,Aku nak mintak maaf kat kau sama aku mintak maaf kat Akem sebab tak tahu nak buat surprise apa kan sebab sekarang kan tengah cuti sem.Tapi gembira sangat dapat spent time dengan kak bie sebelum Birthday semalam.Pergi main air pantai,makan jagung tak sedap,pergi pasar bunde komen baju bundle,pergi beli baju Rm10 hengget bayar dengan duit syiling.Hahahaha :) tu baru sikit benda kita buat semalam,belum campun dengan benda bodoh yang kita buat dekat UNIMAP.So,dekat sini jugak aku nak cakap,Kak Bie adalah kakak terbaik yang pernah kiteorang jumpa.Kakak yang selalu membantu kiteorang bila kami susa,kakak yang selalu jaga keselamatan adik-adik dia dekat Unimap & juga kakak yang satu kepala dengan kami bila kami buat kerja jahat !Aku,Pidah,Yaya,Bella,Adah,Akem,Idham,Halim,Amzar gembira sangat sebab ada kakak sebaik kak bie dekat Unimap yang selalu jaga kami :) We all love u so much as much as we love our own sister even ada yang takde own sister :)hahahahah !!Kak Bie,nanti jangan menangis air mata darah bila baca entry ni,Hadiah nanti kita sambut nanti ok, Satu kek kongsi 10 orang.Ok,sekarang nak tunjuk gambar-2 sengal yang di ambik semalam.



Birthday girl jadi model batu :)

Ok,sikit je gambar !!dengan macam banyak je kan :) So,kepada u olls suma that's all entry untuk birthday Kak Bie ! Kita tengok coming soon,birthday sape pulak yang bakal masuk dalam blog happening ni.Haha :)


Ni model bajet kurus,baru turun 3 kilo dah canang satu kampung !! 

P/s : Pada yang baca entry ni jangan lupa wish Kak bie Happy Birthday !! Ni link facebook beliau Lia Kamaruddin !! Ingat wish gempak-gempak tau.Love u olls damn much !LOVE  U KAK BIE !



Monday, July 9, 2012

Selamat Hari Tua Akem :)



Happy Birthday Akem :) May Allah Bless you !! Waaa,kau dah 20 tahun dah akem,so please stop main game sebab orang tua tak main game tau.Aku tulis entry ni untuk kau sebab aku tak tahu nak buat surprise apa dah kat kau =,=".Tu la,sapa suruh birthday time cuti sem,kang tak dapat mandi tepung and telur free,rugi tau Akem,bukan senang tau nak bermandi manda pukul 12 malam setahun sekali je datang ! hahahaha

At first masa study week hari tu,kiteorang ada lah terfikir nak buat video birthday untuk kau,tapi di sebabkan jadual gila tu kami tak sempat nak buat apa2 Akem.Kalau aku nak buat video tayang muka aku sorang,malu la aku.So,blog ni sebagai ganti kepada video tu !Maafkan kiteorang sebab birthday kau takde Secret Recipe,takde BBQ,takde Surprise dekat MCD ! Ni je aku mampu buat bagi pihak rakan-rakan yang lain.Ahaks :)Tapi jangan risau Akem,Secret Recipe & hadiah bakal kau terima nanti Sem 3 mungkin package dengan telur & tepung sekali lah.

Ok,taknak cakap panjang lebar pun Akem.Cuma nak cakap kat sini kau lah Sahabat aku dunia akhirat !! 
Seumur hidup,ni first time aku jumpa kawan yang memang tak pernah sakitkan hati aku walau sedikit pun.Tambah lagi kau sangat baik dan selalu tolong kiteorang kalau kami susah.Aku,Idham,Fida,Halim,Bella,Kak Bie,Yaya,Amzar & Adah seronok sangat kawan dengan kau dan kami takkan pernah rela hilang kawan macam kau.Siyes,gembira gila ada kawan macam kau and harap persahabatan kita semua takkan berakhir sampai bila-bila Akem ! Aku dah anggap kau macam adik-beradik aku sendiri.Aku mintak maaf kalau selama aku kawan dengan kau aku ada sakitkan hati kau especially masa trip pegi penang tu.Aku janji perkara macam tu takkan berulang lagi.Waaaa,takkan berulang lagi ?? Ayat purba gila bukan.hahahaha :)


Hahahaha :) maaf letak gambar ni dah takde gambar comel lain lagi yang aku boleh letak dekat blog ni.Ahak
Akhir kata daripada Aku Akem.Happy Birthday,Semoga kau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.Harap kau dapat result gempak for second sem sebab aku nampak kau usaha gigih gila.Satu lagi nak pesan,jangan selalu fikir negetif pasal diri sendiri sebab aku tau kau memang boleh berjaya.Nanti bila dah jadi Engineer Petronas jangan lupa aku and budak-2 nie.Ingat kau nak heret kiteorang kerja kat petronas sama.Hahahahahaha :) K,dah takde benda nak cakap cuma rasa gembira sebab jadi First person wish !! hahahaahahahahha !! Hope kau suka dengan entry ni.Tatatatatatatatatata 


P/s:Kepada U olls yang baca blog ni sila wish Akem,kejasama anda amat diperlukan.Ni link facebook beliau Abdul Hakim Bin Azir :) Jangan lupa wish reramia ok !

Saturday, June 30, 2012

Unimap Sem 2 : My Birthday

Hye guys !! Sekarang saya dah ada banyak masa nak cerita apa yang berlaku dekat Unimap sepanjang semester kedua yang baru berakhir 2 minggu lepas :) Actually banyak benda yang saya and the geng buat last sem sampai suma takde duit nak makan bila dah nak akhir sem.But,for me its fun bila ko boleh spend masa dengan kawan2 yang ko sayang kan ! Ok,first seminggu masuk je sem 2 birthday budak comel !Saya lagi kalau bukan aku kan,26 FEBRUARI 2012 !! Ini adalah surprise party yang paling teruk aku kena kalau nak dibandingkan masa dekat matrik dulu **Paling teruk pun maggi + mila ! Bau pun wangi takde lah busuk macam bau telur dengan tepung uh !! Dah la melekit,mak aih.Pukul 1 pagi bersiram,ko mampu ?? mampu ?? tak mampu bukan !



Ah,ambik ko !Kek secret orang sponser,mentang la mase tu PTPTipu on the way nak masuk kang mase tu.Suma dok bazir duit beli kek untuk aku :) Kepada master mind terbesar,Hakim & Kak Bie ,untung la birthday korang bulan 7 time cuti sem kang,kalau tak dah lama dapat serangan balas daripada aku kan.Pada kawan2 lain yang join tu terima kasih,jasa baik anda beli kek mahal ni amat dihargai :) Pada yang bagi hadiah terima kasih kerana menambah koleksi binatang peliharaan saya & hadiah yang bukan binatang pun dihargai gak !Actually aku tak berapa nak ingat sapa yang ada malam tu,yang pasti geng aku suma ada ah :) Ok,jomlah layan gambar yang ada 2 3 kerat nie.Yang lain tak tahu mana lost sebab aku bukan camera bergerak! 


My gurgurl :)



Muka manusia yang dikehendaki kerana over main tepung & telur :)

Ok,dah takde ape nak tulis..Adios !!

Tuesday, June 19, 2012

Cinta Mangkuk Hayun

Mencintai tak semestinya memiliki !! Itu apa yang aku pegang masa first time aku crush dengan orang yang memang aku betol-betol suka lebih dari 4 months !! Korang ingat,senang ke aku nak sangkut dengan seseorang mamat nie?? paling lama pun aku suka 1 week and paling cepat aku suka 30 minutes !!Susah ok !! But apa perasaan kau bila kau dah mula nak REDHA yang laki tu ada awek lain and tiba-tiba kau tau manusia tu tipu kau berbakul-bakul !!Omaigod,rasa nak hentak kepala kat dinding and kata napa lah aku boleh suka mangkuk hayun ni and of course tahap kebencian masa tu mula daripada 0% terus naik ke tahap maximum 100% .

Aku suka dengan status seorang blogger ni.Sapa tak kenal Alvin shah owner blogger papa gosip tu kan !! Status die berbunyi !!

Tak guna klau kita bersusah payah, abeskan tenaga, masa & wang ringgit pada org yg kita sayang tetapi ksh syg kita tu TAK sampai di hati dia..segala penat lelah & pengorbanan kita selama ini sgt sia-sia malah TAK dihargai..(tuhan maha adil..what comes around goes around)


Aku rasa mungkin jugak ni balasan daripada Allah sebab aku pernah sakitkan hati perempuan lain yang pernah sukakan lelaki yang aku suka! Kepada hamba Allah tu,aku mintak maaf kalau selama ni aku buat ko sakit hati !!Sekarang aku sedar betapa sakitnya hati bila orang yang kita suka,tak suka kita ^_^
So,as the conclusion korang jangan jadi macam aku !! Suka orang boleh tapi jangan over & finally ko sendiri yang kecewa.Sebab orang yang kita suka tak semestinya akan suka ko balik tau.Dia mungkin suka orang lain !! tapi,bab kena tipu tu memang rasa bodoh gak la..But,let bygones be bygones sebab mungkin Allah sedang hantar Adam yang lebih baik untuk kita :) So,mulakan hari dengan senyuman and always chill dengan masalah yang korang hadapi !

Sunday, June 17, 2012

Rindu korang :(


Guys !! Siyesly I miss all of you like crazy :( Duduk kat rumah wihout doing nothing kecuali On9,makan,tido,tengok tv,buat ais blander & stalk facebook korang hari2 !!But,muka tetap kena maintan comel !! K,bye ^_^

Friday, June 15, 2012

Angkat barang berjemaah :)

Hye guys :) setelah sekian lama busy dengan Assignment & tutorial sampai takde masa nak update blog !! Inilah masanya aku nak jerit FREEDOM !! FREEDOM !! Nak tahu kenapa ?? sebab aku dah tamat pengajian Tahun satu di UNIMAP tapi waktu entry ni dipublished aku masih lagi di UNIMAP & aku baru selesai angkat barang dengan budak-budak ni :) sapa lagi kalau tak lain tak bukan geng sengal aku macam biasa Nabila Razizi,FiDa NoRa,Adah Annelida,Hakim Abdul,Mohamad Idham Hakim,Muhammad Syafiq & Abdul Halim Suhaimi !!ak But today,without Yaya sebab  masing-masing dah bla dari UNIMAP ni.Yaya balik rumah .Hahaha :)

Actually aku tak lain tak bukan buat entry ni of course nak citer pasal UNIMAP nie lah,tapi bukan nak cerita pasal belajar tapi nak cerita pasal kawan-2 yang sangat best terumanya geng 11 budak comel nie !! Dulu kiteorang 9 orang je but AMZAR & YAYA dah join the club so sekarang dah jadi sepuluh !!Aku sayang dorang sangat-sangat sebab sepanjang hidup aku, aku rasa dorang ni lah manusia yang paling AWESOME yang pernah aku jumpa.Sama masuk air macam aku,buat kerja jahat sama,buat kerja baik sama.Pendek kata suma bendalah buat sama kecuali masuk tandas.

So,hari ni kiteorang gotong-royong angkat barang geng pompuan yang sangat banyak gila.Bak kata Bella "Masa dok luar beg nampak sikit je,tapi bila dah start pack banyak gila nak mati".Masa Akem,Idham,Syafiq & Halim datang dorang terkejut gila nak mati sebab doranh tak expect pun barang kteorang byk nak mati. Sorry lah guys,We all kang perempuan memang comfirm lah barang banyak nak mati kan ?? Kalau barang sikit tu bukan nama perempuanlah :) Kiteorang angkat barang bukan dengan tangan je au tapi dengan mulut sekali ;) Bapak bising nak mampos sampai satu KKH dengar dengan Halim yang dok usha amoi-amoi cina.Ahaks !!sumpah lawak gila but credit tu fida sebab dia angkat barang paling Ringan beratlah kononnya iaitu bekas baju aku !! hahahahaha :) Tapi sayang u olls,gambar masa angkat barang tu takde sebab tande camera man kat situ..Tapi ape-ape pun sayang yang comel letak gambar lain ok sebagai penyeri blog nie :) Gambar ni di ambik semalam waklu last payyyper :) hahahaha




Semalam hari "Purple sedunia" ^_^


Muka-muka gembira jawab PMI :)


Aku busy tepon satu kampung kata nak balik dah !!


Idham dengan muka bajet comel :) Persoalan dia,comel ke ???



Aksi Yaya kena buli dengan Syafiq !! Jahat betol abang PPMS

Comel tak kteorng ??comel tak ?? of course lah comel !! Kepada korang suma aku akan rindu korang dalam masa 3 bulan nie !! Pada Syafiq,kesian sangat dekat abang hot sem depan tokleh dok dengan kami lagi !! Pida,Adah,Bella,Yaya,Kakbie,Syafiq,Akem,Halim,Idham,Amzar !!Sayang korang suma ketat-ketat au !! Will miss u ollssssss :) Sincerely from Ja comel !!


Abaikan benda sepah kat belakang tu !! Biasalah busy buat Assignement !!Adios

Sunday, February 12, 2012

Unimap oh Unimap

Hye guys :) Dah lama aku tak update blog and finally malam ni tangan aku transform jadi rajin untuk mengarut kat blog sendiri.Actually dah almost 1 month aku kat rumah and satu post pun aku tak published sebab macam-macam hal jadi so takde mase nak sapu sawang dekat blog ni !! But ape-ape pun hari ni aku diberikan keizinan masa dan tenaga untuk sapau sawang-2 celah blog ni.For info uolls semua,this week adalah minggu terakhir aku kat rumah and aku akan kembali ke Unimap Tercinta.

Unimap??Actually tempat tu takde lah teruk sangat macam Matrik dulu :) Matrik teruk sangat ke ??? And Jawapan dia tak teruk sangat sebab kat Matrik dulu aku ada kawan-kawan yang happening gila tapi belajar kat Matrik tak sama belajar dengan kat U :)Belajar kat Unimap ni enjoy takdelah rasa teruk sangat macam dekat Matrik dulu and almost subject dekat Unimap aku suka kecuali C programming yang buat otak aku bebal tu !!Subject tu mmg aku tak suka sangat tapi tak tahu kenapa,mungkin sebab otak aku tak kreatif kot tapi tak kisah la past is past :) Result pun da nak keluar esok so tak payah fikir lagi kan.Let bygones be bygones !!!

Cakap pasal Unimap ni aku suka sebab aku ada kawan-kawan yang sangat happening gila nak mati and BFF yang mmg sporting gila :) so,tujuan post ni dipublished adalah untuk MENGSHOWOFFKAN  kawan-kawan baru aku kat Unimap tau.

First,my girlfriends yang aku sayang ketat-ketat iaitu KAKBIE,FIDA,BELLA & SAADAH !!! sayang korang ketatlah wahai sahabat !!Dorang ni lah kawan buat kerja baik & buat kerja jahat tau.Tak siap assignment,pergi kelas lambat dengan dorang ni lah.Kena marah dengan lecturer pun dengan dorang ni lah.Let me present uolls my girlfriends :)




Already meet my girlfriends right ??Now lets move on my to my boyfriends.What ??? boyfriends ???awat ramai sangat balak !!hahahaha :) just joke my dearest reader,dorang ni bukan pakwe ke ape ke,dorang ni kawan antara kawan baik aku dekat UNIMAP.For your info kteorang ni digelar BOBOIBOY au :) ko ada ?? takde kan ?? so jangan jeles !!Dorang ni antara kawan yang suka bagi jalan kalau aku ada masalah au & dorang suka teman aku makan !!HALIM,HAKIM,SYAFIQ,ISA,IDHAM,KIT :) pasal korang la aku tak kurus-2 au,asyik makan je !!But,papepun korang kawan aku dunia akhirat !






Thirdly,budak-budak communication yang sangat sporting and baik dengan aku.Untuk pengetahuan korang budak-2 ni selalu jadi cikgu aku time belajar terutama sekali subject aku paling bebal tu lah,ape lagi kalau tak C Programming uh la.Dorang ni jadi dah macam reference book Cikgu aku dah tau,ape aku tak faham mesti dorang ajar punya !! Terutama Hamzani,kalau aku tak faham ulang-ulang kali dia ajar,tapi kalau dah 10x ajar tak faham tu memang otak gila punya beba lah kan.Aku pun tak faham macamana aku boleh baik dengan dorang-2 ni sedangkan kitaorang bukan satu course pun maybe sebab otak dorang pun masuk air macam aku gak kot,tu pasal aku boleh geng dengan dorang.Dayah,Hamzani,Wan,Ajim,Tasya,Wafiy,Matpik,Lela,Sarah,Mira,Amalia,Nazif,Tqah Wonka & yang lain2 korang memang happening gila lah.Aku sayang korang sangat-sangat weh !!Wan,Ajim,Ham,Wafiy Aku ingat lagi time kat pokok sena,masa tu kita struggle gila nak siapkan blog pokok sena yang entah ape-ape pun sampai TOK aku cekak pinggang dekat depan surau sebab tak balik makan lunch :) sumpah kalau ingat balik aku nak tergelak pecah perut !!Kita usaha nak siapkan menda tu padahal tak dapat ape-ape pun kan :) And tu jugak first time aku kenal and rapat dengan korang before kenal korang aku tak suka gila kat korang then bila kawan dengan korang aku realize korang tak teruk macam aku fikir pun.Dekat situ gak aku sedar,kalau kita nak kawan ngan orang tak perlu la nak judge dia sebelum kita kenal orang tu betol :)See,now korang jadi antara kawan aku yang aku sayang gila-gila !!Yang lain tu jangan marah pulak sebab aku tak mentioned lebih-2 tapi aku tetap sayang korang jugak :)






Lastly,sapa lagi kalau bukan my beloved roommate & housemate yang happening gila! Mama mira suka bising macam mak kalau bilik sepah,najwa & aku pulak suka lawan kata mama :)Kalau fikir balik nak tergelak pun ada even kadang-2 kteorang ada masalah pun tapi tak sampai 24jam dah ok balik.Aku & najwa suka usik mama !! :D Kak tie pulak suka cakap kat kteorang 'Jangan belajar nanti terkejut satu kampung kalau dapat 4 flat' bila kteorang tengah study tapi bila dia tengah study bagai nak gula aku pulak akan balas 'Tak payah study lah,dunia boleh repeat tapi akhirat tokleh repeat' :) Bengong tak kteorang ?? tapi jangan ingat kteorang tak balajar lak !! Kteorang belajar ok !!Sayang dorang sangat sebab dah macam family dah :)





Itulah sedikit sebanyak kisah aku kat Unimap,takkan nak citer suma kot !! Kalau citer suma aku pasti tahun depan pun tak abis lagi.Itulah sebab aku suka sangat dekat unimap even Ma & abah takde dengan aku kat Perlis tapi aku ada sebuah FAMILY yang besar yang sangat sayang kat aku and take care pasal aku tak kira aku sedih ke,gembira ke !!yang pasti dorang selalu dekat dengan aku.Orang kate takde pakwe pun takpe biar ada kawan-kawan yang sayang kita.Ehhh,lupa !! budak-budak kelas aku pun ok !! dorang pun happening gak tapi kalau dak kelas nak list sorang-2 esok pun tak habis.Dak kelas tunggu entry lain k :)Mampu selit gambar kelas je.







Dekat sini aku nak cakap kat korang aku nak mintak maaf kalau aku ada sakitkan hati korang,aku manusia biasa tak lari dari buat salah :) Maafkan aku k !!! Sayang korang gila-gila !!Sampai mati pun aku sayang korang weh !!Love u olls macam aku sayang nyawa aku sendiri :)

Sincere from me Nurliza Azam :D