Followers

Wednesday, January 30, 2013

Cover Photo Cantik

Hye u olls sekalian :) lama tak i ollz menyepi ?? of course lah agak lama sebab diri ini baru balik dari berfoya-foya di Johor.Johor agak AWESOME jugak lah,makanan pun sedap2,tempat menarik pun banyak gak,tempat shopping tak payah cakap la,bagi orang jakun macam aku masuk JPO ( Johor Premium Outlet)
terus histeria ok ! banyak gila nak mati sale sampai aku rambang mata nak beli apa tapi sayang bajet tak banyak so beli ala kadar je la.Orang kata sekadar buat kenang-kenangan ! kenangan lah sangat sampai rasa tak nak balik :( pasal johor kita cerita next entry lah.Hari ni nak cerita pasal cover photo cantik gilos and boleh jugak kot kalau tepek dekat blog untuk buat Header blog ! ok,jom kita cuci mata tengok header yang makhluk Allah yang kreatif ni buat dekat aku.Makhluk Allah tu kene rahsia dulu sapa,baru la surprise cikit orks ?? ni lah cover photo yang beliau buat untuk aku.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


























Nah,telopong korang tengok kan ?? cantik oks ?? cantik bukan ! Kalau sapa cakap tak cantik boleh pergi terjun lombong dengan kadar segera sebab kau boleh dikelaskan dalam orang buta seni ! hak hak hak
At first,aku saje je bergurau dengan Syahmi ! Bagi tahu je la nama,senang sikit.Sebab nampak Syahmi dok buat cover photo untuk orang lain tiba2 tergerak hati pergi komen "Syahmi kalau kita nak jugak boleh ?"
Tup !tup ! tadi on9 Syahmi tagged cover photo ni.Masa tengok tu rasa nak guling-guling sebab cantik sangat.Rasa cover photo ni paling cantik dari yang lain sebab nama aku kan ?? Over kan aku ! hik hik hik 
Jom kita cuci mata tengok cover photo lain yang syahmi buat.





Cover photo ni macam sesuai untuk Hakim ! nama yang sama and gamer gak :)









Ni antara cover photo yang dibuat sendiri oleh Syahmi tau ! Kalau nak tengok lebih lagi sila pergi stalk facebook beliau atau mungkin blog tapi aku tak sure syahmi ni ada blog ke tak ?? so siapa yang rasa nak buat cover photo ke ? nak suh design header blog ke atau mungkin nak suh syahmi design apa-apa untuk korang sila refer sendiri pada beliau and buat rundingan sendiri sebab ja cantik dapat free je :) hik hik hik hik
ok,skunk jom aku tunjum sapa Syahmi ni ! jeng jeng jeng 


Ok ! this is Syahmi Sahjamal yang sungguh kreatif itu.Dia ni student Universiti Malaysia Terengganu.Dia bukan saya kreatif buat benda alah tu malah dia ni,photographer gak oih.Aku kenal dia ni sebab dia ni ex Matrik Melaka.Syahmi ni  kacak ok,reader2 suma jangan cair ok nanti tak pasal2 kene tempeleng dek awek dia kang.So,sapa rasa interest untuk buat cover photo ke,hape ke tapi bukan interest kat syahmi lah k! Boleh contact dia dekat Facebook dia Syahmi :) k,dah takde ape nak cakap dah ! happy Reading !

P/s kepada syami : Kalau dapat header blog pun best jugak ya :) hak hak hak ! orang dah bagi betis nak paha lah pulak ! memang dasar muka tak malu betol Nurliza Azam ini ! =,="

Tuesday, January 22, 2013

Happy Tuesday


Hye u ollz sekalian ! Ok,mohon suma follower2 hadap blog aku sekarang kalau kau tak hadap aku tumbuk muka korang ! hik hik hik .Ada hati tu nak tumbuk muka korang,nasib baik korang follow aku je kan ? kalau tak haram lah nak ada reader blog ni.Seperti sedia maklum hari ini adalah hari selasa yang paling di tunggu oleh aku sebab hari ni Pok Jak balik Kelantan ! So,seperti yang di plan,aku akan ke Kota Bharu dengan Arif Adli untuk jemput Pok Jak dekat Airport. ?? who is Arif Adli ??? i'll tell you later ok.Yang Pok Jak tu pun satu over gilos,setakat KL tu naik bas pun boleh sampai ni over naik flight.Kau ingat kau dok Ireland ke der ? hak hak hak ! Biarlah dia,duit bertimbun sangat agaknya.



Ni lah gambar muka budak2 shengal yang buat semak ! Credit to Arif Adli for this cute photo

Ok,In plan pukul 10 nak bertolak pergi Pengkalan Chepa untuk pick pok jak tapi finally pukul 11 baru gerak sedangkan pukul 9.30 aku dengan Atin dah siap ok ! ni suma salah sapa ?? of course lah salah Arif Adli yang hover kata nya "Jak, kejut Atin and Ja awal2 sebab dorang kan perempuan ! make up pun dah satu jam ".Amboi kau Arif,suka suki je cakap macam tu kan,padahal at last dia yang lambat tahu.pukul 10.23 baru dia teks Aku kata dia baru bangun tido,kononya dah lama tak jumpa katil sebab tu dia oversleep.Poyo sungguh itu Arif oih,macam lah dekat serawak sana kau tido dekat atas pokok kan! hish,marah betol lah !Around 10.50 macam tu Arif sampai and kita orang pergi ambik Atin and tolak pergi PC.Sepanjang on d way,Pok Jak dok call die cakap die starving lah ape lah sebab dia dah lama sampai dekat Airport ! hak hak hak .Kononnya dia cakap "Nanti aku nak korang sampai dulu dekat Airport sebelum flight aku landing ! Tapi,finally kau yang tunggu kteorang.memang padan dengan muka kau lah kan.


Ni lah permandangan di sekitar Airport

Finally,lepas ambik je Ejak dari Airport terus pergi ke tempat yang paling di tunggu2 iaitu Nasi Ulam Cikgu yang sungguh AWESOME.Sapa yang cuba mesti datang lagi lah dekat kedai tu.Kau mampu makan budu,tempoyak and ulam kampung yang sangat sedap.Nyum ! Nyum ! Nyum !Bau budu dekat tengah hari tadi masih setia melekat dekat jari jemari yang runcing ni.


Penuh satu meja 


Ikan cencaru sumbat 

Nah,hambek kau.Penuh satu meja,kau mampu.Menu dia sedap ok,kitaorang ambik,ikan keli goreng,ayam goreng,ikan cencaru sumbat,sedikit ulam2 and of course budu + tempoyak. Sedap ok ? kalau tak percaya cuba ah !

Muka tak larat nak bangun sebab kenyang sangat 

Suma dah kenyang perut,of course lah suka hati 


Hanya tulang yang tak dapat ditelah

Total Rm30.Sangat berpatutan sebab kteorang ambik lauk banyak nak mati.So,now tibalah nak tunjuk sapa Kamal Adli.Oppsssss,bukan kamal ok ! Arif Adli.


Ok,this is Arif Adli ! Muka takleh bla,muka bajet model ! hak hak hak

Lepas makan tu kiteorang pergi tesco jap beli barang,then pergi KB mall untuk jadi kutu rayau.Dah tak larat nak citer,tengok gambar je ah.


Ni Arif punya kerja



Muka orang KL 


Arif yang keletihan menunggu kami bershopping sakan


Muka hodoh


Ni gambar Pok Jak naik penimbang and the result is AWESOME
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Nah,ambik kau ! Sapa soh dok puncak Alam makan tak henggat dunia



Model mainan kanak-kanak





Big Apple


Makanan terakhir yang kami santap adalah Prosperity ! Sanggup kau drive through semata-mata nak makan benda alah ni oih.Kau mampu ???







Yummy ! sungguh lazat :)

Kalau tengok suma gambar tu dah tau kan ! Kerja kami adalah makan,makan dan makan ! Bila nak kurus kalau asyik makan je.Sia-sia lagi lah Azam tahun 2013 ni ! ok,setakat ni je entry untuk kali ni.Happy Reading u ollz !

















Friday, January 18, 2013

Entry Rojak

Setelah sekian lama menyepi akibat Final Exam yang sungguh perit,dengan ini saya Nurliza Azam telah kembali ke alam blogger yang sungguh AWESOME ni.After a week berholiday di rumah yang indah dan nyaman in,finally jari jemari yang runcing ini telah menjadi rajin untuk menulis blog yang sudah usang ini.Takde ape pun nak cerita sebab aktiviti bersosial bersama kawan-kawan belom dimulakan lagi sebab ramai kawan dari U lain masih busy dengan final exam.Terima kasih kepada Unimap yang berjaya memecahkan otak saya selaku budak comel ini dengan schedule final yang sungguh gila.Semua orang dok kate untung lah abis final awal,Gila kau untung otak aku bagai nak rabak tahu dok kejar nak cover suma subjek.Kalau boleh buang otak ni kejap,lepas tu rendam dalam clorox pasti lega tahap maxima.So far,final sem ni ok lah sebab suma subjek dapat dijawab dengan ok terumanya analog yang memang jahanam waktu belajar tu.Almaklumlah,lecturer kita bukan orang Malaysia ok,lecturer kita Yaman mali,pakistan mali ! Apa depa cakap sepatah haram aku tak faham kau !

Sepanjang seminggu dekat rumah ni of course takde apa yang menarik di buat selain makan dan tido :)
Tapi ada lah aktiviti tu di isi dengan benda berfaedah untuk menjana income secara kecil-kecillah dengan tolong ma jaga kedai die,buat kelas math untuk budak UPSR and of course ambik upah buat assignment mereka2 yang malas buat assignment sendiri.Income yang di jana masyuk gak la untuk beli new smartphone maybe atau beli jam baru.hahahahahaa ! over kau beli smartphone ! Setakat top up tu lepas la kan :)
Overall seminggu ni terisi lah dengan benda baik gak dari makan tido seperti cuti2 sebelum ni.

Opppsssssss,lupa nak cakap ! Ada satu lagi aktiviti i buat tau u ollz ! Kemas barang dekat rumah baru,btw nak cakap dekat korang aku pindah rumah baru dah tapi bukan officially lagi lah.So banyak benda kena kemas sebab banyak sangat harta karun tersimpan di rumah lama.Gambar rumah baru kita upload next entry sebab tak complete kemas lagi.Barang pun banyak lagi tak beli.

Ok,dah takde nak kata apa ! Selasa ni nak g jemput pok jak dekat air port so boleh hantar labi2 hijau masuk hospital.Aduh,sekarang nak skype pun susa sebab labi2 hijau sakit.Sekarang on9 pun atas belas kasihan adik.Nasib baik ada adik yang banyak gadget boleh la pinjam satu kan.Satu lagi satu lagi ! Berkaitan  dengan status semalam dekat facebook ! Its true,saya adalah bujang ok,jangan la dok kata saya ada pakwe ke ape ke sebab memang takde :) Nanti tiba-tiba ada orang nak datang pinang cancel sebab u ollz dok kata i ada pakwe ! Berkaitan dengan cincin dekat tangan saya,masa dekat U ramai yang tanya pasal cincin belah rotan yang ada dekat jari kiri saya,bukan dekat u je dekat tempat lain pun sama.


Pasal cincin ni,tolong la jangan tanya lagi sebab penat dah explain.Cincin ini adalah pemberian ibunda tercinta ok.Takde sapa bagi pun,saya BUKAN BINI orang dan BUKAN TUNANG orang. hak hak hak !
pada yang salah sangka sila terjun lombong sekarang ok .And berkaitan dengan pelamin ni pulak,ada orang dekat twitter fikir aku nak tunang dah ! hahaahahahah lucu lah ! mana ada , i ollz muda lagi ok u ollz ! Sweet 20 lagi tau !


Pelamin ni aku tujukan dekat my great future husband yang tak tahu sapa pun.I just want this great pelamin bila ada orang nak datang pinang aku kelak bukan nya sekarang ok.Ni saje je kasi gempak dekat twitter and facebook aje.Mana ada nak tunang lagi,aku tertarik dengan benda ni sebab dia simpe and nice takde sarat-sarat sangat.So,kepada semua orang jangan salah sangka ok :) saya ni bukan cantik macam neelofa so takde sapa nak pun.Tapi jodoh itu rahsia Allah bukan so i ollz hanya mampu berdoa satu hari nanti Allah temukan aku dengan jodoh yang terbaik.Amin :)

Jadi kepada semua,hentikan gosip2 liar itu !hentikan kontrovesi tingkatkan prestasi ! Wah Wah Wah bajet artis sungguh aku ini padahal mampu duduk cerok dapur he je.Ok,salam jumaat untuk semua ! happy reading and papai ! Tunggu entry seterusnya ok ;)






Thursday, January 3, 2013

Kisah 2013

Happy New Year everyone !! Finally dah 2013 tapi i'm still sweet 17 -,- " Poyo gilos bukan ?Dah lewat 3 hari pun masih lagi over. Ahaks ! Actually aku busy sangat dengan final exam yang mcam nak mati tu sampai new year tahun ni pun macam takde makne je sebab malam new year dok sebok buat latihan Discrete. Ni suma salah Perlis sebab tak ambik cuti time new year,tapi bagus gak sebabnya takde la aku melagho pergi Penang ke KL ke ? New Year tahu ni hanya mengadap lecture notes yang bertimbun tak habis baca. Hari ni baru selesai jawab paper Analog yang macam seronok sangat sampai suma pun keluar exam hall macam nak telan orang ! 3 paper dah berjaya ditumpaskan.Ada lagi 3 paper yang bakal aku hadap next week.Hari ni baru rasa macam boleh bernafas sikit sebab esok,lusa lusa takde paper.Pada sapa yang ada paper lagi esok tu especially Akem and yaya selamat menjawab la yea ! Ja dah tak sanggup dah !!

Ok,takde apa pun nak cakap actually ! saje dok melalut di petang yang dingin ni sambil nak bagi review pasal final sikit. Actually final sem ni takde lah teruk sangat macam sem lepas cuma paper BI tu rasa lah macam nak bakar je ! Gila kau,susah nak mati tambah pulak aku yang tak berapa nak bijak pandai sangat BI ni lagi lah rasa macam nak bunuh orang.First time selama setahun lebih duduk Unimap ni aku meniru dalam exam hall.Rasa macam diri ni tak berguna gila,paper analog tadi pun takde lah susah macam BI tu,at least analog tu aku boleh la hentam lagi walaupun tak tahu ape benda pun tulis.Tapi kalau nak dibandingkan 3 paper tu aku paling suka jawab discrete la sebab tu subject yang agak favorite gak lah.

Btw satu lagi tabiat buruk aku time nak masuk exam hall.Muntah sebelum masuk hall,tu agak menjadi tande tanya gak lah -,- Mungkin stress kot tapi tak tahu la,selama 3 sem ni asyik dok alami benda sama je.Pagi tadu pun sama,nasib baik ada keah tolong tepuk belakang.Selalu macam tu,asal nak exam paper yang banyak circuit je mesti aku jadi macam tu.Mungkin gak tabiat buruk kot tak pun aku ni spesis takleh tertekan kot.Tapi ape2 pun saya sentiasa sihat sahaja cuma time nak masuk hall je tak berapa nak sihat :) hik hik hik

Dah takde ape nak cakap dah ! nak tunjuk gambar meja study berselerak pun tak boleh sebab hari tu tepon terhempas sampai tanggal screen ! gila ganas kan aku ? biasa la,masa mengadung dulu mama nak anak lelaki kot tapi tiba2 terkeluang anak perempuan.Tu yang jadi perkasa tu.Ada 3 paper lagi yang bakal di tumpaskan ! Doakan aku ok :) Adios ! Selagi lagi Happy New Year ! Semoga tahun ni jadi lebih baik dari tahun2 sebelum ni !


Gambar berkurun ! daripada entry kosong baik letak gambar bajet comel sikit ** muntah darah !