Followers

Friday, January 18, 2013

Entry Rojak

Setelah sekian lama menyepi akibat Final Exam yang sungguh perit,dengan ini saya Nurliza Azam telah kembali ke alam blogger yang sungguh AWESOME ni.After a week berholiday di rumah yang indah dan nyaman in,finally jari jemari yang runcing ini telah menjadi rajin untuk menulis blog yang sudah usang ini.Takde ape pun nak cerita sebab aktiviti bersosial bersama kawan-kawan belom dimulakan lagi sebab ramai kawan dari U lain masih busy dengan final exam.Terima kasih kepada Unimap yang berjaya memecahkan otak saya selaku budak comel ini dengan schedule final yang sungguh gila.Semua orang dok kate untung lah abis final awal,Gila kau untung otak aku bagai nak rabak tahu dok kejar nak cover suma subjek.Kalau boleh buang otak ni kejap,lepas tu rendam dalam clorox pasti lega tahap maxima.So far,final sem ni ok lah sebab suma subjek dapat dijawab dengan ok terumanya analog yang memang jahanam waktu belajar tu.Almaklumlah,lecturer kita bukan orang Malaysia ok,lecturer kita Yaman mali,pakistan mali ! Apa depa cakap sepatah haram aku tak faham kau !

Sepanjang seminggu dekat rumah ni of course takde apa yang menarik di buat selain makan dan tido :)
Tapi ada lah aktiviti tu di isi dengan benda berfaedah untuk menjana income secara kecil-kecillah dengan tolong ma jaga kedai die,buat kelas math untuk budak UPSR and of course ambik upah buat assignment mereka2 yang malas buat assignment sendiri.Income yang di jana masyuk gak la untuk beli new smartphone maybe atau beli jam baru.hahahahahaa ! over kau beli smartphone ! Setakat top up tu lepas la kan :)
Overall seminggu ni terisi lah dengan benda baik gak dari makan tido seperti cuti2 sebelum ni.

Opppsssssss,lupa nak cakap ! Ada satu lagi aktiviti i buat tau u ollz ! Kemas barang dekat rumah baru,btw nak cakap dekat korang aku pindah rumah baru dah tapi bukan officially lagi lah.So banyak benda kena kemas sebab banyak sangat harta karun tersimpan di rumah lama.Gambar rumah baru kita upload next entry sebab tak complete kemas lagi.Barang pun banyak lagi tak beli.

Ok,dah takde nak kata apa ! Selasa ni nak g jemput pok jak dekat air port so boleh hantar labi2 hijau masuk hospital.Aduh,sekarang nak skype pun susa sebab labi2 hijau sakit.Sekarang on9 pun atas belas kasihan adik.Nasib baik ada adik yang banyak gadget boleh la pinjam satu kan.Satu lagi satu lagi ! Berkaitan  dengan status semalam dekat facebook ! Its true,saya adalah bujang ok,jangan la dok kata saya ada pakwe ke ape ke sebab memang takde :) Nanti tiba-tiba ada orang nak datang pinang cancel sebab u ollz dok kata i ada pakwe ! Berkaitan dengan cincin dekat tangan saya,masa dekat U ramai yang tanya pasal cincin belah rotan yang ada dekat jari kiri saya,bukan dekat u je dekat tempat lain pun sama.


Pasal cincin ni,tolong la jangan tanya lagi sebab penat dah explain.Cincin ini adalah pemberian ibunda tercinta ok.Takde sapa bagi pun,saya BUKAN BINI orang dan BUKAN TUNANG orang. hak hak hak !
pada yang salah sangka sila terjun lombong sekarang ok .And berkaitan dengan pelamin ni pulak,ada orang dekat twitter fikir aku nak tunang dah ! hahaahahahah lucu lah ! mana ada , i ollz muda lagi ok u ollz ! Sweet 20 lagi tau !


Pelamin ni aku tujukan dekat my great future husband yang tak tahu sapa pun.I just want this great pelamin bila ada orang nak datang pinang aku kelak bukan nya sekarang ok.Ni saje je kasi gempak dekat twitter and facebook aje.Mana ada nak tunang lagi,aku tertarik dengan benda ni sebab dia simpe and nice takde sarat-sarat sangat.So,kepada semua orang jangan salah sangka ok :) saya ni bukan cantik macam neelofa so takde sapa nak pun.Tapi jodoh itu rahsia Allah bukan so i ollz hanya mampu berdoa satu hari nanti Allah temukan aku dengan jodoh yang terbaik.Amin :)

Jadi kepada semua,hentikan gosip2 liar itu !hentikan kontrovesi tingkatkan prestasi ! Wah Wah Wah bajet artis sungguh aku ini padahal mampu duduk cerok dapur he je.Ok,salam jumaat untuk semua ! happy reading and papai ! Tunggu entry seterusnya ok ;)






1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.