Followers

Tuesday, March 5, 2013

Birthday girl mandi BUDU

Selamat tengah hari semua ! Mesti sekarang semua orang get ready nak pergi lunch berbeza dengan aku seorang pelajar yang masih lagi di katil.Baru je selesai breakfast dengan roti gardenia bersama tuna yang sungguh enak.Pelajar berbajet rendah biasa lah,breakfast + luch = breaklunch ! kau hado ? hak hak hak 
Ni semua kes nak jimat duit sebab this week aku nak pergi bercuti bersama Pok Jak.Adik kesayangan kononnya padahal bukan adik sebenar pun.Ok ! sementara semua orang dalam bilik ni masih lagi tido dengan lenanya di katil masing-masing.Moh aku yang bosan and forever alone ni update blog sementara nak tunggu kelas Microprocessor petang ni dekat pauh nun jauh 30 minit dari rumah aku.Siyes tempat tu jauh and PANAS nak mati.Aku pun pelik lah kenapa Unimap ni nak buat main campus dekat sana.Hari2 rasa diri ni macam ayam panggang sebab duduk bakar diri dekat pauh tu.Ish,asal tiba2 cerita pasal pauh pulak ni.Tajuk sebenar nak cerita pasal sambutan Hari Jadi yang ke 21 sungguh kejam.Kau hado mandi budu pukul 12 malas.Last year mandi telur,this year mandi budu,next year mandi air tong sampah barang kali -,-"

Ok ! sambutan Hari jadi tahun ni tak berapa nak menjadi sebab duit PTPTipu masuk lambat so maknanya takde kek yang sedap,takde ais cream conetto yang lazat cuma yang ada sebotol budu yang mampu buat aku muntah darah.Bapak busuk gila ok.Malam kejadian,pukul 10 aku baru balik dinner bersama budak2 ni lah ! Fida,Yaya,Bella,Adah,Leha product design,kak bie,Akem,Halim and Amzar.Masa tu semua orang rilek2 lagi tapi nampak sedikit kalut lah,aku macam buat lek je la macam takde apa sebab semua macam baik hati je.Lagi aku tak sangka nak mandi budu sebab kali ni dak2 laki lepas hantar kteorang balik terus bla macam tu je.Dalam pukul 11 macam tu Kak leha tiba2 pelik ajak pergi kg.Wai.katanya nak hantar note dekat kawan dia.Aku pelik gak at first sebab kenapa dia tak ajak adah atau kak bie sedangkan dorang selalu berkepit.Dengan redha hamba ini ikut je la beliau.Selesai suma benda tu,balik kawasan rumah aku balik and leha ajak borak dekat buai.So,redhakan diri kali kedua padahal dah ngantok.Tiba2 nampak siti budak kelas lalu ikut situ,siti tanya mana yang lain.Duduk dalam 5 minti situ pun kata,tuh dorang kat belakang tuh.Dalam hati aku,mampos aku malas ni.Aku toleg sejenak.Dah nampak dah semua rakyat tengah kalut angkat baldi macam orang tak beto tapi dalam hati redha je la mandi ain softoner celup tepung sebab kesian tengok depa angkat baldi macam orang tak betol.Ambik kau,singah je air tu dekat belakang aku.Wau ! bau budu menusuk ke lubang hidung.Siyes rasa nak pengsan.Busuk ok,dah la masa tu pakai tudung baru beli.Rasa nak lanyak je suma orang.Makan budu sedap,tapi budu simbah dekat badan siyes tak sedap.2 hari 2 malam basuh ok.Nasib baik hilang bau dia,kalau tak aku tuntut tudung baru.Ok,macam tu je sambutan dia tengah malam tu.

Tepat pukul 6 petang di hari bahagia birthday girl.Keah yang cantik wish and ajak kuar makan sama2.Kau hado kawan pompuan ajak candle-light dinner ? takdekan ? ape barang laki ajak,pompuan ajak lah baru style.So,kiteorang keluar lah berdua-duaan makan dekat mai cafe.At first nak makan dekat dapur ibuku,then tukar tempat makan.So,benda pertama paling syok bila keah belikah Kek pertama di hari Jadi.hak hak hak
Even one slice ianya cukup bermakna ok.ok,dah panjang berjela jom kita tonton gambar bersama keah tapi sayang takde keah dalam gambar.


Ni birhday kek pertama 2013 :) Pemberian keah ! Thanks keah love you


Muka Birthday girl mintak penyepak :)


Makanan kami berdua :)


Ni lah keah yang comel tuh.Dia lah yang belanja kita dinner ! sapa nak no sila isi borang 
(sorry keah sebab curik gambar awak dekat FB )

Selesai je makan2 dekat Mai Cafe,masa on d way balik ttbe miji call."Ja,kau dekat mana ? aku dekat depan rumah kau dengan Ainan ni".At first aku macam ingat dia main2 tau nak bg birtday kek tapi singgah je rumah dia.Memang sah dapat Birhday kek kedua.Jom tonton gambar bersama kek ke 2 !



Hak hak hak :) dia tak tipu,memang dia bagi betol kek tu tapi bukak dia yang bagi tapi Ainan yang bagi.Teruk betol kau mijie ! Rasa macam nak hentak je,aku nak kek dari kau bukan Ainan ! Ape2 pun
thanks Keah,Ainan and Mijie for the cake.Fida,Yaya,Bella,Kak Bie,Adah pun thanks sebab bagi mandi budu.Kepada yang wish dekat twitter and FB pun thanks tau.Tak sempat nak pegi bagi kiss dekat semua orang yang wish ! K,dah tak nak cerita pape lagi.Hug semua orang.Love u olls ! Adios .See u on d next entry !