Followers

Monday, January 20, 2014

Azam 2014- Nak kurus

Hai korang ! Selepas berbulan-bulan meninggalkan blog ni sampai bersawang kali ni gua janji gua focus sikit dekat blog ni.Biasalah lah Engineering student busy sentiasa tuh adalah perkara biasa. Rasa nak muntah darah dengan, orang lain buat medic pun takde lah berlagak macam aku dok ? Benda pertama sekali malas nak tulis blog ni sebab kena resize gambar , kedua kena cari idea nak tulis ape dan akhir sekali aku ni memang dasar pemalas nak mampos.Ok,dah jauh merepek sebenarnya ! Lets focus to our topic lah,sebenarnya ni entry pertama untuk 2014 so kita kenalah cerita pasal AZAM 2014 sesuai dengan nama Aboh aku MOHD AZAM so Azam perlulah gempak.Seperti biasa azam pertama tak lain tak bukan NAK DIET tolonglah kali ni biar tercapai lah azam yang dah lama tak pernah2 tercapai tapi kan nafsu makan 100 % sangat naga so macam mana nak diet. Cu citer sikit tips diet tak nak bagi makan banyak ?? ke nak suh mama kurung dalam bilik untuk setahun baru nak kurus agaknya. Actually aku dah lost almost 11 kilos dalam tempoh 8 bulan dengan diet yang agak tak consistence sebab makan sangat tak teratur. Tambah2 masa study week sebulan yang lalu aku punya makan Ya Allah naga pun kalah weh.Dengan tak cukup tidonya dengan 2 3 pagi makan maggie 2 3 4 bungkus.So, kau cerita macam mana aku nak kurus kalau aku asyik makan tak clean gituh.Nasik aku tibai je cuma dalam intake yang tak penuh pinggan lah tapi.
Nak cakap nak diet senang tapi semangat tu kena ada lah,tapi kalau semangat saja tapi takde usaha tak guna jugak.Macam aku ni kadang2 hangat2 tahi kuda jugak,bila nak telan main telan je tapi setakat aku diet ni aku dah berjaya lost 11kilo tapi aku punya target lagi 15 kilo mungkin akan ambik masa setahun lagi kot.Kah3
Manusia spesis aku ni korang jangan ikut kalau nak diet.Asyik bebel je kan,moh la kita share sikit gambar yang tak berapa nak kurus pun sebenarnya tapi nak tunjuk gak biar korang tengok beza tak beza tapi aku rasa beza sikit lah kot.


Gambar belah kiri tu masa 26/1/2013 yang belah kanan tuh 14/12/2013


Gambar belah kiri 26/1/2013 yang belah kanan tuh 3/10/2013

Gambar perubahan untuk tahun 2014 ni takde lagi lah buat masa ni sebab badan rasa macam makin membesar tapi makcik2 sebelah rumah sebok dok cakap badan aku dah susut siap tanya lagi makan benda ape.Kepada makcik sila tambah power spec mungkin sebab makcik punya mata rabun melampau dah rasa.Tapi untuk merealisasikan azam 2014 aku rasa aku patot diet lah kot sebab sampai bila nak gemok kan sebab gemok tu tak sihat,nak beli baju cantik2 pun susah lah kot kan.Ok,sebelum nak abiskan entry ni aku nak share gambar tahun bila entah ! yang ni memang gemok nak mampos weh ! macam dugong dah aku tengok.

Aku rasa gambar ni gambar 2 tahun lepas lah kot ! nak pengsan rasa tengok ! Persis orang nak main sumo habis dengan double chin nya !uh uh uh uh ! nasib baik gambar tu kenangan kalau tak dah lama aku delete.At least nanti kalau aku tua aku boleh lah tunjuk gmbar ni dekat cucu aku dan pasti cucu aku akan gelak besar dekat atas muka aku -..- 


Ok,setakat ni je entry pembuka bicara bagi tahun 2014 ! aku akan berusaha rajinkan diri untuk pos benda2 yang lebih menawan mungkin.Sapa nak tips diet tuh boleh la PM aku ! perrgghhhh,poyo betol,diri sendiri pun tak kurus tapi ada hati nak jadi penasihat orang -..- Adios 



1 comment:

Adi Zhaf said...

shaklee shaklee hehe =P