Followers

Monday, January 20, 2014

Azam 2014- Nak kurus

Hai korang ! Selepas berbulan-bulan meninggalkan blog ni sampai bersawang kali ni gua janji gua focus sikit dekat blog ni.Biasalah lah Engineering student busy sentiasa tuh adalah perkara biasa. Rasa nak muntah darah dengan, orang lain buat medic pun takde lah berlagak macam aku dok ? Benda pertama sekali malas nak tulis blog ni sebab kena resize gambar , kedua kena cari idea nak tulis ape dan akhir sekali aku ni memang dasar pemalas nak mampos.Ok,dah jauh merepek sebenarnya ! Lets focus to our topic lah,sebenarnya ni entry pertama untuk 2014 so kita kenalah cerita pasal AZAM 2014 sesuai dengan nama Aboh aku MOHD AZAM so Azam perlulah gempak.Seperti biasa azam pertama tak lain tak bukan NAK DIET tolonglah kali ni biar tercapai lah azam yang dah lama tak pernah2 tercapai tapi kan nafsu makan 100 % sangat naga so macam mana nak diet. Cu citer sikit tips diet tak nak bagi makan banyak ?? ke nak suh mama kurung dalam bilik untuk setahun baru nak kurus agaknya. Actually aku dah lost almost 11 kilos dalam tempoh 8 bulan dengan diet yang agak tak consistence sebab makan sangat tak teratur. Tambah2 masa study week sebulan yang lalu aku punya makan Ya Allah naga pun kalah weh.Dengan tak cukup tidonya dengan 2 3 pagi makan maggie 2 3 4 bungkus.So, kau cerita macam mana aku nak kurus kalau aku asyik makan tak clean gituh.Nasik aku tibai je cuma dalam intake yang tak penuh pinggan lah tapi.
Nak cakap nak diet senang tapi semangat tu kena ada lah,tapi kalau semangat saja tapi takde usaha tak guna jugak.Macam aku ni kadang2 hangat2 tahi kuda jugak,bila nak telan main telan je tapi setakat aku diet ni aku dah berjaya lost 11kilo tapi aku punya target lagi 15 kilo mungkin akan ambik masa setahun lagi kot.Kah3
Manusia spesis aku ni korang jangan ikut kalau nak diet.Asyik bebel je kan,moh la kita share sikit gambar yang tak berapa nak kurus pun sebenarnya tapi nak tunjuk gak biar korang tengok beza tak beza tapi aku rasa beza sikit lah kot.


Gambar belah kiri tu masa 26/1/2013 yang belah kanan tuh 14/12/2013


Gambar belah kiri 26/1/2013 yang belah kanan tuh 3/10/2013

Gambar perubahan untuk tahun 2014 ni takde lagi lah buat masa ni sebab badan rasa macam makin membesar tapi makcik2 sebelah rumah sebok dok cakap badan aku dah susut siap tanya lagi makan benda ape.Kepada makcik sila tambah power spec mungkin sebab makcik punya mata rabun melampau dah rasa.Tapi untuk merealisasikan azam 2014 aku rasa aku patot diet lah kot sebab sampai bila nak gemok kan sebab gemok tu tak sihat,nak beli baju cantik2 pun susah lah kot kan.Ok,sebelum nak abiskan entry ni aku nak share gambar tahun bila entah ! yang ni memang gemok nak mampos weh ! macam dugong dah aku tengok.

Aku rasa gambar ni gambar 2 tahun lepas lah kot ! nak pengsan rasa tengok ! Persis orang nak main sumo habis dengan double chin nya !uh uh uh uh ! nasib baik gambar tu kenangan kalau tak dah lama aku delete.At least nanti kalau aku tua aku boleh lah tunjuk gmbar ni dekat cucu aku dan pasti cucu aku akan gelak besar dekat atas muka aku -..- 


Ok,setakat ni je entry pembuka bicara bagi tahun 2014 ! aku akan berusaha rajinkan diri untuk pos benda2 yang lebih menawan mungkin.Sapa nak tips diet tuh boleh la PM aku ! perrgghhhh,poyo betol,diri sendiri pun tak kurus tapi ada hati nak jadi penasihat orang -..- Adios 



Saturday, September 21, 2013

Rindu Rumah

Setelah sekian lama melupakan blog ni but then tiba-tiba hari ni rasa macam nak membebel tak tentu pasal kat sini tapi motif takde.Kah3 ! That's me ada motif ke takde motif ke pedulik hape aku kan ? aku kisah apa,blog aku aku punya pasal la nak mengarut apa kat dalam ni.Yang tu dah over,sila lempang muka sendiri.Almost 2 weeks aku kat Perlis ni and banyak benda masih lagi dalam keadaan  tunggang langgang ni suma salah cuti sapa suruh pergi bagi cuti sampai 3 bulan and of course semua benda dah berkarat bukan sahaja otak malah tulang belulang jugak.Nampak sangat kat rumah kerja tetap adalah makan dan tidur sahaja.

Betol orang cakap bila kita jauh dengan rumah semua benda rasa macam tak kena and of course homesick itu ada banyak sangat dalam diri ni.First thing mestilah lah aku rindu dekat MA aku,the best mummy in the world sebab dekat sini takde ma untuk cerita benda yang terbuku dekat hati.Ayat kemain sadis gila kan,sebab bila kat sini hari2 kena fikir nak makan apa,nak basuh baju bila,nak sidai baju bila tapi kat rumah kau dah tak payah fikir dah sebab everything orang dah sedia.Ma rindu sangat okeh walaupun dia suka bebel.



Second,mestilah rindu Abah dengan Adik jugak.Takkan rindu ma je kot ! pilih kasih betol kau.Kalau kat rumah time macam ni comfirm tgh melangok tengok hindustan depan tv sambil minum ais blander !Omaigod,i'm going crazy here.Tapi rindu2 jugak dekat sini pun best jugak bila hari2 bila boring,fida dengan Bella tengok muka aku then aku tengok muka dorang.Terus fikir kita nak makan kat mana malam ni.Kerja aku dengan bella and fida hari2 makan je lah.

Third,rindu my super duper AWESOME girlpreng yang gila nak mampos ! why why why aku duduk perlis seko2 and korang dok bersenang lenang dekat shah Aley lah,KL lah,Perak lah !pendek kata semua tempatlah tapi bukan Perlis.Rindu korang bagai nak gila,mampu tengok gambar yang tok complete set ni je la sebab ada yang takde.





Sapa rasa gambar dia takde tu sorry ok sebab tenet Unimap lembab macam siput seduh tokleh upload suma.Walaupun rindu semua orang tapi ada je aktiviti mengembirakan hati seperti berwestern di malam hari bersama tersayang ! kah kah kah ! tersayang lah sangat kan.Nah gambar secepuk aku bagi,ada satu gambar ni je lah.Sebab busy sangat makan.



Dah takde benda dah nak cerita sebab mata dah macam ngantok sikit,kalau rasa rajin kang aku upload lagi entry baru pasal pergi bercuti minggu lepas :) k Tatataa 






Thursday, May 2, 2013

Jalan2 bersama PSY

Assalamualaikum wahai pembaca2 yang setia sekalian ! kih kih kih. Setelah berabad Mak Jemah tak update blog sebab busy lah konon padahal malas nak mati sebenarnya nak update.Lagipun sejak dua menjak ni perjalanan hidup tak menarik sangat so macam bosan la pulak nak cerita benda sama je bila update blog.So,disebabkan dah lama tak cerita trip berjoli menghabiskan duit tak tentu pasal.Hari ni kena lah cerita sebab Mak Jemah bosan nak mampos kat rumah ni.Almaklumlah,orang bujang ! Nak mesej pakwe pun takde pakwe ork.Kesian ! kesian ! kesian !

Sekarang ni dekat rumah sebab kononnya nak balik mengundi lah padahal daftar pun tak ada hati tu nak mengundi.So,daripada cuti terkubur begitu sahaja baik kita meluangkan masa bersama keluarga.Tak gitu wahai teman-teman sekalian.Cerita kali ni macam takde motif je,keluar tengok Iron Man,makan mcd then pergi balik tido kat rumah.Cerita takde pun gediks nak upload gambar sebenarnya sebab kononnya rasa diri ni kurus lah,padahal besar macam lembu ! Btw,skunk Mat Jemah tengah diet ! diet lah sangat kurusnya idok.
So,jom la cuci mata tgk gambar !Dekat Alor setar bukan jumpa Tony Stark je oih ! Pakej jumpa PSY lagi ! Pather2 gentlemen ! kah kah kah 


Ni masa on d way nak pergi beli tiket IronMan ! Perasan comel sungguh semua orang :)



Sebelum tengok movie kita perkena MCD dulu sampai perut kembung tokleh bangun :)



Then pergi Karaoke jamban dengan Ziana Zain & Awie !kih kih kih 







Ni sebelum masuk tengok IronMan ! kitaorang bergambar dulu dengan Tony Stark :)




Lepak ! lepak ! buang masa :) Sila tonton gambar di bawah ! kerana anda boleh menyaksikan perempuan gila tak sedar diri ! kah kah kah 







Tudung kena sos ! tak senonoh betol -..-


Finally ! PSY terlepas dari Korea :) comel je adik ya !

Malas nak cerita panjang2 ! tengok gambar sudeh ! dah,tata ! adios 












Tuesday, March 5, 2013

Birthday girl mandi BUDU

Selamat tengah hari semua ! Mesti sekarang semua orang get ready nak pergi lunch berbeza dengan aku seorang pelajar yang masih lagi di katil.Baru je selesai breakfast dengan roti gardenia bersama tuna yang sungguh enak.Pelajar berbajet rendah biasa lah,breakfast + luch = breaklunch ! kau hado ? hak hak hak 
Ni semua kes nak jimat duit sebab this week aku nak pergi bercuti bersama Pok Jak.Adik kesayangan kononnya padahal bukan adik sebenar pun.Ok ! sementara semua orang dalam bilik ni masih lagi tido dengan lenanya di katil masing-masing.Moh aku yang bosan and forever alone ni update blog sementara nak tunggu kelas Microprocessor petang ni dekat pauh nun jauh 30 minit dari rumah aku.Siyes tempat tu jauh and PANAS nak mati.Aku pun pelik lah kenapa Unimap ni nak buat main campus dekat sana.Hari2 rasa diri ni macam ayam panggang sebab duduk bakar diri dekat pauh tu.Ish,asal tiba2 cerita pasal pauh pulak ni.Tajuk sebenar nak cerita pasal sambutan Hari Jadi yang ke 21 sungguh kejam.Kau hado mandi budu pukul 12 malas.Last year mandi telur,this year mandi budu,next year mandi air tong sampah barang kali -,-"

Ok ! sambutan Hari jadi tahun ni tak berapa nak menjadi sebab duit PTPTipu masuk lambat so maknanya takde kek yang sedap,takde ais cream conetto yang lazat cuma yang ada sebotol budu yang mampu buat aku muntah darah.Bapak busuk gila ok.Malam kejadian,pukul 10 aku baru balik dinner bersama budak2 ni lah ! Fida,Yaya,Bella,Adah,Leha product design,kak bie,Akem,Halim and Amzar.Masa tu semua orang rilek2 lagi tapi nampak sedikit kalut lah,aku macam buat lek je la macam takde apa sebab semua macam baik hati je.Lagi aku tak sangka nak mandi budu sebab kali ni dak2 laki lepas hantar kteorang balik terus bla macam tu je.Dalam pukul 11 macam tu Kak leha tiba2 pelik ajak pergi kg.Wai.katanya nak hantar note dekat kawan dia.Aku pelik gak at first sebab kenapa dia tak ajak adah atau kak bie sedangkan dorang selalu berkepit.Dengan redha hamba ini ikut je la beliau.Selesai suma benda tu,balik kawasan rumah aku balik and leha ajak borak dekat buai.So,redhakan diri kali kedua padahal dah ngantok.Tiba2 nampak siti budak kelas lalu ikut situ,siti tanya mana yang lain.Duduk dalam 5 minti situ pun kata,tuh dorang kat belakang tuh.Dalam hati aku,mampos aku malas ni.Aku toleg sejenak.Dah nampak dah semua rakyat tengah kalut angkat baldi macam orang tak beto tapi dalam hati redha je la mandi ain softoner celup tepung sebab kesian tengok depa angkat baldi macam orang tak betol.Ambik kau,singah je air tu dekat belakang aku.Wau ! bau budu menusuk ke lubang hidung.Siyes rasa nak pengsan.Busuk ok,dah la masa tu pakai tudung baru beli.Rasa nak lanyak je suma orang.Makan budu sedap,tapi budu simbah dekat badan siyes tak sedap.2 hari 2 malam basuh ok.Nasib baik hilang bau dia,kalau tak aku tuntut tudung baru.Ok,macam tu je sambutan dia tengah malam tu.

Tepat pukul 6 petang di hari bahagia birthday girl.Keah yang cantik wish and ajak kuar makan sama2.Kau hado kawan pompuan ajak candle-light dinner ? takdekan ? ape barang laki ajak,pompuan ajak lah baru style.So,kiteorang keluar lah berdua-duaan makan dekat mai cafe.At first nak makan dekat dapur ibuku,then tukar tempat makan.So,benda pertama paling syok bila keah belikah Kek pertama di hari Jadi.hak hak hak
Even one slice ianya cukup bermakna ok.ok,dah panjang berjela jom kita tonton gambar bersama keah tapi sayang takde keah dalam gambar.


Ni birhday kek pertama 2013 :) Pemberian keah ! Thanks keah love you


Muka Birthday girl mintak penyepak :)


Makanan kami berdua :)


Ni lah keah yang comel tuh.Dia lah yang belanja kita dinner ! sapa nak no sila isi borang 
(sorry keah sebab curik gambar awak dekat FB )

Selesai je makan2 dekat Mai Cafe,masa on d way balik ttbe miji call."Ja,kau dekat mana ? aku dekat depan rumah kau dengan Ainan ni".At first aku macam ingat dia main2 tau nak bg birtday kek tapi singgah je rumah dia.Memang sah dapat Birhday kek kedua.Jom tonton gambar bersama kek ke 2 !



Hak hak hak :) dia tak tipu,memang dia bagi betol kek tu tapi bukak dia yang bagi tapi Ainan yang bagi.Teruk betol kau mijie ! Rasa macam nak hentak je,aku nak kek dari kau bukan Ainan ! Ape2 pun
thanks Keah,Ainan and Mijie for the cake.Fida,Yaya,Bella,Kak Bie,Adah pun thanks sebab bagi mandi budu.Kepada yang wish dekat twitter and FB pun thanks tau.Tak sempat nak pegi bagi kiss dekat semua orang yang wish ! K,dah tak nak cerita pape lagi.Hug semua orang.Love u olls ! Adios .See u on d next entry !