Followers

Saturday, September 21, 2013

Rindu Rumah

Setelah sekian lama melupakan blog ni but then tiba-tiba hari ni rasa macam nak membebel tak tentu pasal kat sini tapi motif takde.Kah3 ! That's me ada motif ke takde motif ke pedulik hape aku kan ? aku kisah apa,blog aku aku punya pasal la nak mengarut apa kat dalam ni.Yang tu dah over,sila lempang muka sendiri.Almost 2 weeks aku kat Perlis ni and banyak benda masih lagi dalam keadaan  tunggang langgang ni suma salah cuti sapa suruh pergi bagi cuti sampai 3 bulan and of course semua benda dah berkarat bukan sahaja otak malah tulang belulang jugak.Nampak sangat kat rumah kerja tetap adalah makan dan tidur sahaja.

Betol orang cakap bila kita jauh dengan rumah semua benda rasa macam tak kena and of course homesick itu ada banyak sangat dalam diri ni.First thing mestilah lah aku rindu dekat MA aku,the best mummy in the world sebab dekat sini takde ma untuk cerita benda yang terbuku dekat hati.Ayat kemain sadis gila kan,sebab bila kat sini hari2 kena fikir nak makan apa,nak basuh baju bila,nak sidai baju bila tapi kat rumah kau dah tak payah fikir dah sebab everything orang dah sedia.Ma rindu sangat okeh walaupun dia suka bebel.



Second,mestilah rindu Abah dengan Adik jugak.Takkan rindu ma je kot ! pilih kasih betol kau.Kalau kat rumah time macam ni comfirm tgh melangok tengok hindustan depan tv sambil minum ais blander !Omaigod,i'm going crazy here.Tapi rindu2 jugak dekat sini pun best jugak bila hari2 bila boring,fida dengan Bella tengok muka aku then aku tengok muka dorang.Terus fikir kita nak makan kat mana malam ni.Kerja aku dengan bella and fida hari2 makan je lah.

Third,rindu my super duper AWESOME girlpreng yang gila nak mampos ! why why why aku duduk perlis seko2 and korang dok bersenang lenang dekat shah Aley lah,KL lah,Perak lah !pendek kata semua tempatlah tapi bukan Perlis.Rindu korang bagai nak gila,mampu tengok gambar yang tok complete set ni je la sebab ada yang takde.





Sapa rasa gambar dia takde tu sorry ok sebab tenet Unimap lembab macam siput seduh tokleh upload suma.Walaupun rindu semua orang tapi ada je aktiviti mengembirakan hati seperti berwestern di malam hari bersama tersayang ! kah kah kah ! tersayang lah sangat kan.Nah gambar secepuk aku bagi,ada satu gambar ni je lah.Sebab busy sangat makan.



Dah takde benda dah nak cerita sebab mata dah macam ngantok sikit,kalau rasa rajin kang aku upload lagi entry baru pasal pergi bercuti minggu lepas :) k Tatataa 






Thursday, May 2, 2013

Jalan2 bersama PSY

Assalamualaikum wahai pembaca2 yang setia sekalian ! kih kih kih. Setelah berabad Mak Jemah tak update blog sebab busy lah konon padahal malas nak mati sebenarnya nak update.Lagipun sejak dua menjak ni perjalanan hidup tak menarik sangat so macam bosan la pulak nak cerita benda sama je bila update blog.So,disebabkan dah lama tak cerita trip berjoli menghabiskan duit tak tentu pasal.Hari ni kena lah cerita sebab Mak Jemah bosan nak mampos kat rumah ni.Almaklumlah,orang bujang ! Nak mesej pakwe pun takde pakwe ork.Kesian ! kesian ! kesian !

Sekarang ni dekat rumah sebab kononnya nak balik mengundi lah padahal daftar pun tak ada hati tu nak mengundi.So,daripada cuti terkubur begitu sahaja baik kita meluangkan masa bersama keluarga.Tak gitu wahai teman-teman sekalian.Cerita kali ni macam takde motif je,keluar tengok Iron Man,makan mcd then pergi balik tido kat rumah.Cerita takde pun gediks nak upload gambar sebenarnya sebab kononnya rasa diri ni kurus lah,padahal besar macam lembu ! Btw,skunk Mat Jemah tengah diet ! diet lah sangat kurusnya idok.
So,jom la cuci mata tgk gambar !Dekat Alor setar bukan jumpa Tony Stark je oih ! Pakej jumpa PSY lagi ! Pather2 gentlemen ! kah kah kah 


Ni masa on d way nak pergi beli tiket IronMan ! Perasan comel sungguh semua orang :)



Sebelum tengok movie kita perkena MCD dulu sampai perut kembung tokleh bangun :)



Then pergi Karaoke jamban dengan Ziana Zain & Awie !kih kih kih 







Ni sebelum masuk tengok IronMan ! kitaorang bergambar dulu dengan Tony Stark :)




Lepak ! lepak ! buang masa :) Sila tonton gambar di bawah ! kerana anda boleh menyaksikan perempuan gila tak sedar diri ! kah kah kah 







Tudung kena sos ! tak senonoh betol -..-


Finally ! PSY terlepas dari Korea :) comel je adik ya !

Malas nak cerita panjang2 ! tengok gambar sudeh ! dah,tata ! adios 












Tuesday, March 5, 2013

Birthday girl mandi BUDU

Selamat tengah hari semua ! Mesti sekarang semua orang get ready nak pergi lunch berbeza dengan aku seorang pelajar yang masih lagi di katil.Baru je selesai breakfast dengan roti gardenia bersama tuna yang sungguh enak.Pelajar berbajet rendah biasa lah,breakfast + luch = breaklunch ! kau hado ? hak hak hak 
Ni semua kes nak jimat duit sebab this week aku nak pergi bercuti bersama Pok Jak.Adik kesayangan kononnya padahal bukan adik sebenar pun.Ok ! sementara semua orang dalam bilik ni masih lagi tido dengan lenanya di katil masing-masing.Moh aku yang bosan and forever alone ni update blog sementara nak tunggu kelas Microprocessor petang ni dekat pauh nun jauh 30 minit dari rumah aku.Siyes tempat tu jauh and PANAS nak mati.Aku pun pelik lah kenapa Unimap ni nak buat main campus dekat sana.Hari2 rasa diri ni macam ayam panggang sebab duduk bakar diri dekat pauh tu.Ish,asal tiba2 cerita pasal pauh pulak ni.Tajuk sebenar nak cerita pasal sambutan Hari Jadi yang ke 21 sungguh kejam.Kau hado mandi budu pukul 12 malas.Last year mandi telur,this year mandi budu,next year mandi air tong sampah barang kali -,-"

Ok ! sambutan Hari jadi tahun ni tak berapa nak menjadi sebab duit PTPTipu masuk lambat so maknanya takde kek yang sedap,takde ais cream conetto yang lazat cuma yang ada sebotol budu yang mampu buat aku muntah darah.Bapak busuk gila ok.Malam kejadian,pukul 10 aku baru balik dinner bersama budak2 ni lah ! Fida,Yaya,Bella,Adah,Leha product design,kak bie,Akem,Halim and Amzar.Masa tu semua orang rilek2 lagi tapi nampak sedikit kalut lah,aku macam buat lek je la macam takde apa sebab semua macam baik hati je.Lagi aku tak sangka nak mandi budu sebab kali ni dak2 laki lepas hantar kteorang balik terus bla macam tu je.Dalam pukul 11 macam tu Kak leha tiba2 pelik ajak pergi kg.Wai.katanya nak hantar note dekat kawan dia.Aku pelik gak at first sebab kenapa dia tak ajak adah atau kak bie sedangkan dorang selalu berkepit.Dengan redha hamba ini ikut je la beliau.Selesai suma benda tu,balik kawasan rumah aku balik and leha ajak borak dekat buai.So,redhakan diri kali kedua padahal dah ngantok.Tiba2 nampak siti budak kelas lalu ikut situ,siti tanya mana yang lain.Duduk dalam 5 minti situ pun kata,tuh dorang kat belakang tuh.Dalam hati aku,mampos aku malas ni.Aku toleg sejenak.Dah nampak dah semua rakyat tengah kalut angkat baldi macam orang tak beto tapi dalam hati redha je la mandi ain softoner celup tepung sebab kesian tengok depa angkat baldi macam orang tak betol.Ambik kau,singah je air tu dekat belakang aku.Wau ! bau budu menusuk ke lubang hidung.Siyes rasa nak pengsan.Busuk ok,dah la masa tu pakai tudung baru beli.Rasa nak lanyak je suma orang.Makan budu sedap,tapi budu simbah dekat badan siyes tak sedap.2 hari 2 malam basuh ok.Nasib baik hilang bau dia,kalau tak aku tuntut tudung baru.Ok,macam tu je sambutan dia tengah malam tu.

Tepat pukul 6 petang di hari bahagia birthday girl.Keah yang cantik wish and ajak kuar makan sama2.Kau hado kawan pompuan ajak candle-light dinner ? takdekan ? ape barang laki ajak,pompuan ajak lah baru style.So,kiteorang keluar lah berdua-duaan makan dekat mai cafe.At first nak makan dekat dapur ibuku,then tukar tempat makan.So,benda pertama paling syok bila keah belikah Kek pertama di hari Jadi.hak hak hak
Even one slice ianya cukup bermakna ok.ok,dah panjang berjela jom kita tonton gambar bersama keah tapi sayang takde keah dalam gambar.


Ni birhday kek pertama 2013 :) Pemberian keah ! Thanks keah love you


Muka Birthday girl mintak penyepak :)


Makanan kami berdua :)


Ni lah keah yang comel tuh.Dia lah yang belanja kita dinner ! sapa nak no sila isi borang 
(sorry keah sebab curik gambar awak dekat FB )

Selesai je makan2 dekat Mai Cafe,masa on d way balik ttbe miji call."Ja,kau dekat mana ? aku dekat depan rumah kau dengan Ainan ni".At first aku macam ingat dia main2 tau nak bg birtday kek tapi singgah je rumah dia.Memang sah dapat Birhday kek kedua.Jom tonton gambar bersama kek ke 2 !



Hak hak hak :) dia tak tipu,memang dia bagi betol kek tu tapi bukak dia yang bagi tapi Ainan yang bagi.Teruk betol kau mijie ! Rasa macam nak hentak je,aku nak kek dari kau bukan Ainan ! Ape2 pun
thanks Keah,Ainan and Mijie for the cake.Fida,Yaya,Bella,Kak Bie,Adah pun thanks sebab bagi mandi budu.Kepada yang wish dekat twitter and FB pun thanks tau.Tak sempat nak pegi bagi kiss dekat semua orang yang wish ! K,dah tak nak cerita pape lagi.Hug semua orang.Love u olls ! Adios .See u on d next entry !

Wednesday, February 13, 2013

Part 2-Danga Bay

Setelah berabad lamanya,finally kerajinan untuk abiskan entry di Johor datang kembali tetapi baru part 2 tau.Part 3 entah bila lah tapi jangan risau sebelum balik Perlis Isnin ni pasti tamat kisah aku kat Johor.Entah kenapa malas nak mati nak tulis blog skunk,nak cakap takde idea ada je idea tapi tangan ni lah pemalas nak mampos nak taip ni,kalau boleh nak upload gambar je dalam blog ni tapi kang muntah darah pulak orang tengok gambak bajet comel i ! hak hak hak

Sebab dah lama sangat pergi Johor tu sampai dah lupa pukul bape sampai skudai tapi yang aku ingat around pukul 7 lebih kot.Jauh gak la jarak skudai dengan batu pahat tu,naik lengoh jugaklah badan aku duduk dalam bas tapi nasib baik lah semangat nak jalan tu berkobar-kobar sampai lupa erti penat.Sampai je dekat perhentian Sri Puteri terus call Kak Syikin suh datang ambik,at first aku ingat aku dah salah turun station dah sebab mana biasa pergi Johor kan tapi nasib baik lah kak Kin kata betol.Perggghhhh,panic nak mampos masa tu sebab takut gak lah,aku bukan ramai contact sangat area skudai tuh kang tersadai kat situ mati aku.So,Kak Kin ambik je terus kiteorang pergi UTM dulu mandi manda sebelum pergi mencuci mata di Danga Bay ! At first,rasa nak tengok midnight movie tapi citer dekat wayang skudai tak berapa nak menarik so terpaksalah cancel niat tu.Lepas dah siap suma terus kuar pergi Danga Bay,nak di jadikan cerita tengah kalut2 dekat Danga Bay sebab ramai sangat,aku terserempak dengan blogger famous uh ! Irine Nadia Marcello dengan suami and family dia tapi tak sempat nak tegur atau ambik gambar pun sebab ramai sangat orang.Comel je Irine dengan suami dia.Romantik gilos ttbe rasa nak kawen :) **Sumpah aku gatal nak mati.

Ok,ape tunggu lagi jom lah cuci mata tengok gambar aku dekat Danga Bay ! Siap ambik gambar dengan pelancong dari korea lagi.Yang paling rasa nak muntah darah bila Auntie korea tu cakap u oll look beautiful.Dalam hati aku terus cakap,mak cik ni biar betol,buta apa aku n d geng dah la tak mandi lepas tu dia boleh cakap macam tu memang sah mata orang korea semua rosak :) hahahaha !Pak cik Korea tu pulak tak menahan,asyik dok Gangnam style je ! hik hik hik hik  Moh la kita cuci mata,ambo tak larat dah nak tapi banyak2 :)





Ni lah geng pelancong yang datang dari Korea tu :)









Ni lah Auntie yang kata kitaorang comel tu :) Auntie lepas ni kena pakai spec ok !



Takde pakwe nak bagi belon love2 tuh ! tolong sorang belikan



Couple ni sweet gilos,agak lama gak lah aku usha dorang ! ni gambar curik nih !






Ini lah gambar sepanjang dok melepak dekat Danga Bay tuh,banyak lagi yang kiteorang buat kat sini and banyak lagi gambar yang tak boleh di upload sebab muka tersangatlah sakai.Overall ok lah tempat ni,kalau bawak suami ke pakwe ke lagi menarik lah.Tapi disebabkan kami manusia bujang so terpaksalah kami datang kami2 je.So,sape rasa nak pergi Danga Bay silah pergi ok ! Sebab ianya cukup AWESOME and boleh pau pakwe korang beli belon love2 tuh !For part 3 aku kan citer pasal JPO ! happy reading olls :) adios 


Sunday, February 3, 2013

Johor-Part 1 (Muar & Batu Pahat)

Memandangkan masa terluang yang sangat banyak dah kadar kemalasan telah berkurang,hari ni aku nak cerita pasal trip ke Johor yang memang dah basi.Almost two weeks pergi tapi hari ni baru terhenggeh2 nak update.Biasalah,manusia malas memang selalu macam ni.Ahaks =,=

Ok,25 malam aku gerak pergi Johor dengan bas,tak mampu nak pergi naik flight oh sebab duduk kat rumah ni mana ada income masuk ni pun pergi Johor atas belas ihsan ma kalau tak memang putih mata je la nak pergi Wedding Kak Farah.Panas gak lah bontot dok tadah dalam bas almost 12 jam tuh.Lepas ni sumpah kalau nak pergi Johor pun buka naik bas lagi ok.Pagi tu sampai j terus ain ambik dari perhentian bas Batu Pahat.Pergi rumah ain,sampai2 je breakfast mak dia dah hidang dah.Aku dengan Bella yang kebulur dekat dalam bas ni memang buat muka tak malu sungguh lah,terus terkam pergi makan breakfast tapi yang seronoknya kat sini kuih dekat Johor bapak sedap gila terutama karipap yang nenek ain buat ni.Mamput tunjuk gambar je la sebab dah lama dah kuih ni hadam dalam perut.

Ni kuih ape ntah,tak tahu nama dia tapi orang Johor mesti tahu punya.

Karipap sedap gilos :) kempunan nak makan sekarang


Tak cukup makan kuih je,Ais Cream pun ada :) Thanks Mama Ain

Donat ni tak makan pun tak tahu apa rasa dia

Setelah siap makan2 suma sampai tak larat nak bangun sebab sedap sangat,kiteorang pun apa lagi pergi bersiaplah tapi sebelum tu ada gak pergi round2 pasar tani dekat area parit raja ni.Agak meriah lah pasar tani dia kalau nak dicompare dengan Kelate sebab macam2 ada tapi tak tahu lah kalau orang Johor pasar dekat Kelate lagi meriah.Lepas lepak2 suma,balut hadiah untuk kak farah,dah mandi wangi2.Apa lagi,around pukul 1 macam tu lah kteorang pergi bertolak pergi rumah Kak Farah dekat Parit Raja,Muar.
At first Ain sendiri yang nak drive pergi sana tapi sebab Ain tak berapa nak tahu sangat jalan ke Muar apa lagi Ayah Ain lah hantar kiteorang.Thanks Pak cik :)

Sampai je rumah Kak Farah,terus je serang bilik pengantin.At first kena halau dengan mak andam dia tapi mak andam kene sound dekat kak Farah balik so kiteorang pun boleh la masuk siap posing maut lagi dekat katil kak Farah.So,sila tonton gambar yang poyo itu ok.

Gambar over aku dekat katil orang,ambik berkat oh :) 


Senyum kambing dengan kak farah :) Bajet wedding maria sikit

Kak zati ! Kawan kak zati kalau dia senyum sebijik muka Maria Elena

Tu cek kalau rompak habis =,="

Suma gadget ! Note and Tab there !

Lepas selesai buat posing maut dekat katil orang,then apa lagi reception time.Dini dah sampai so moh kita keluar dari bilik.Time reception ni aku macam jakut sikit sebab ni first time aku tengok Wedding orang Johor.Bapak banyak gila tol sampai pening orang kanan Dini.Nasib baik Dini kaya boleh bayar tol banyak :)
Satu lagi benda yang buat aku Jakun,baling2 duit syiling.Kalau biasa kita tengok orang baling gula-gula tu biasa tapi ni lain sikit ada duit syiling.Rezeki aku lah dok depan syiling dapat jadi kanak2 kejap kutip duit syiling.Jom cuci mata tengok gambar noh .

Dini je tengok kak farah tak tengok pun

Time baling syiling and gula-gula

Pengantin gembira je boleh baling orang sampai diri baling syiling dekat atas kepala aku

Ni budak kecik tengah excited tapi gambar orang tua excited tokleh upload buat malu je


Ain :)

Posing sakat atas pelamin kak Farah kononnya ambik berkat 


Terbaik ! Port paling hadapan bersama kak Zati

Comel je kak Farah and Dini

Door gift di samping I phone buruk :)


Sempat tuh over depan cermin rumah orang,dasar gila camera !

Lepas je salam and cium kak Farah terus angkat kaki balik sebab tiket pergi skudai pukul 5.30 kang tak pasal2 ada yang kena tinggal bas :) Seronok sangat stay rumah ain walaupun kejap sebab mak ayah dia baik gila bagi kiteorang makan 24 jam sampai tak larat nak telan.Balik wedding tu pun mak ain belikan lagi cendol dengan karipap.Siap masak nasik goreng lagi soh kiteorang tapau pergi skudai.Love you lah Acik :)


Sedih sebab dah nak pergi Skudai


Faiq yang comel gilos :)


Ok ! setakat itu je cerita sepanjang separuh hari duduk dekat Batu Pahat and Muar.Untuk entry di skudai bawak bersabar sebab malas lagi nih.Ni pun macam hape dah rasa macam nak upload je gambar tak nak tulis pape.Adios :)


P/s kepada Kak Farah : Selamat Pengantin Baru semoga bahagia hinggi ke akhir hayat kat farah :) Love you